Tuesday, April 13, 2010

PRK Hulu Selangor : Pertembungan antara atap genting dengan atap rumbia?



Berdasarkan sumber, calon PKR bagi PRK Hulu Selangor adalah Zaid Ibrahim. Beliau bukanlah adik atau abang kepada Anwar Ibrahim. Cuma nama bapa mereka saja yang sama. Khalid Ibrahim tu pun bukan adik beradik Anwar. Harap maklum.

Zaid Ibrahim adalah jaguh PKR. Orang kata dia ada hobi yang luar biasa. Hobi yang merujuk kepada aktiviti golongan atasan.

Seperti kata Shahrir Samad "Jika Zaid calonnya, pilihanraya ini akan menjadi pertembungan antara atap genting dan atap rumbia".

Sekarang kita tunggu, siapa pula ayam sabungan BN. Jom kita asah taji..kita tentang..kita lawan calon PR...walaupun sekadar di alam maya.

No comments: