Thursday, January 5, 2012

Kerana sampah di Selangor, Pakatan Rakyat akan binasa

Syarikat Alam Flora Sdn. Bhd. menerima hampir 100 aduan daripada penduduk Selangor mengenai masalah sampah yang tidak diuruskan dengan baik sejak Oktober lalu sehingga hujung Disember lalu.

Walaupun, tidak lagi menguruskan hal-hal berkaitan sampah di Selangor sejak ditamatkan kontrak oleh kerajaan negeri, orang ramai di Selangor tetap mengadu kepada syarikat pengurusan sampah itu.

Jenis aduan yang sering diterima adalah orang ramai merungut mengenai sampah di rumah mereka hanya dikutip seminggu sekali, berbanding tiga kali yang sepatutnya, oleh kontraktor sampah kerajaan negeri.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Zain Hassan berkata, pihaknya menerima 97 aduan sejak 16 Oktober tahun lalu sehingga Januari tahun ini.

Katanya, sebanyak 27 aduan diterima menerusi emel manakala 70 melalui panggilan telefon.

"Kebanyakan aduan yang diterima adalah mengenai sampah yang tidak dikutip di rumah, sampah di kebun dan juga sampah yang memenuhi kawasan longkang sekitar Selangor.

"Pada bulan Oktober lalu, kebanyakan aduan yang diterima mungkin disebabkan orang ramai tidak tahu bahawa kerajaan negeri telah mengambil alih sepenuhnya pengurusan sisa pepejal ini. Tetapi pada bulan November sehingga kini, walaupun kebanyakan daripada mereka sudah tahu tentang pengambilalihan tersebut, aduan tetap dikemukakan kepada kami," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Katanya, lebih menyedihkan adakalanya mereka yang mengadu tidak tahu siapa yang sepatutnya menguruskan sampah dan telah meminta bantuan daripada Alam Flora untuk mendapatkan nombor yang sepatutnya mereka hubungi.

"Pihaknya tidak mampu membantu menyelesaikan aduan itu kerana kontrak syarikat itu sudah ditamatkan oleh kerajaan negeri.

"Kami tidak mampu berbuat-buat apa kerana segala hal berkaitan sampah di Selangor bukan lagi di bawah tanggungjawab kami, diharap orang ramai memahami situasi ini," ujarnya.

Katanya lagi, sehubungan itu beliau meminta orang ramai di Selangor supaya menghubungi pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan masing-masing berhubung masalah sampah itu.

Sementara itu, tambahnya, Alam Flora kini akan fokus kepada menjaga kebersihan di kawasan-kawasan di ibu negara yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Katanya, pihaknya akan memberi komitmen sepenuhnya kepada kawasan-kawasan ini bagi memberi keselesaan kepada orang ramai.

Inilah akibatnya bila kerajaan negeri buat keputusan yang tidak mementingkan kebajikan rakyat. Dulu Alam Flora dah elok-elok buat kerja, tapi ditamatkan. Lantik pula kontraktor baru yang tiada pengalaman. Sekarang rakyat sudah susah. Sampah tidak diangkat. Berapa lama lagi nak tunggu?

Kerana sampah, kerajaan negeri bakal 'binasa' dalam pilihanraya akan datang. Tunggulah!

6 comments:

Anonymous said...

Sbb terlalu ramai kroni yg telah dijanjikan habuan.. maka kontrak2 pungut sampah ni perlu diperbaharui setiap bulan. Rakyat jelata jugak yg dpt susah.

Anonymous said...

cilaka betul kerajaan negeri ni. Sampah kat rumah aku(Shah Alam) dah seminggu tak diangkat. Tu la..asyik politik 24 jam. Isu sampah pun tak boleh nak settle.

Anonymous said...

Penganti Alam Flora tak mampu beri servis yang baik. Lori yand di gunakan mempunayi dinding yang tinggi. Pekerja kena baling sampah kuat sikit untuk masukkan sampah kedalam lori.Kadang kadang tak masuk sebab sekali baling banyak plastik samaph. Memang bangang orang yang terlibat. Kau jawablah di akhirat.

Anonymous said...

Saranan: Oleh kerana tiada khidmat pengutipan sampah, apa kata rakyat Selangor membuang sendiri segala sampah sarap di tempat pembuangan yang telah ditetapkan iaitu di hadapan rumah MB Selangor.

Jangan salahkan rakyat.

Ayuh rakyat negeri Selangor, kita tumbangkan kerajaan negeri Pakatan Kencing Rakyat.

Daulat Tuanku.

lantakpila said...

Ala, sama je aku tengok kalau sapa memerintah selangor ni....tapi hak yang ni makin teruk lagi adala..... kata nk jaga kebajikan rakyat tapi habuk pun tarakkkkk....sampah dah jadik ulat taik dah ni bila nk angkat??????

Anonymous said...

zaman berzaman takda masalah kutip sampah.. sekarang sampah bertimbum kat kawasan aku.. apa kejadah galak nak memerintah.. kalu benda kecik pun tak reti nak uruskan..