Setelah gambarnya tertidur semasa Dewan Rakyat bersidang semalam disebarkan dalam Internet, Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) pada Khamis menjelaskan bahawa beliau terlelap seketika akibat mengambil ubat disebabkan demam dan tidak sihat.
"Saya tertidur dua tiga minit sahaja tapi gambar itu tersiar di seluruh negara seolah-olah saya ini selalu tidur di Dewan Rakyat.
"Punyalah tidak ada modal untuk menyerang saya dan begitu marah dengan Perkasa (yang dipimpinnya), saya tertidur dua tiga minit pun mahu diambil gambar," katanya pada persidangan dewan itu pada Khamis. - Mstar
8 comments:
suruh dia lepak titiwangsa la...cakap pom pang pom pang cam senanpang...
apa2pun, memang tidak patut tidur sewaktu sedang bekerja...
Ibrahim Ali cuma terkantoi je. Itu saja. Macam lah korang pun tak pernah telelap. hehe
Takpe Datuk..2-3minit je.. Jgn terlelap 'terus' kat dewan tu.. Haru jadinye.. Takpe Datuk saya back up.. Datuk tgh layan lagu isabella.. Hafal lirik pejam mata..
apsal anon 357..kalu die dtg titiwangsa lu nak watpe kt die?..
Anon 424.. Si anon 357 ajak joging kat tasik titiwangsa.. Tak pun lepak2 bertukar2 cerita, cite pasal kije, cite pasal cite hantu kat panggung.. Dan macam2 lagi.. Pastu anon 357 ajak dtg umah pekena kopi.. Pastu anon 357 nak promosi ubat Misai kucing kat Datuk bahem..Tu taktik anon 357 aku dah tau dah..
haha...anon 433 punya jawapan mmg terbaek.
Anon 357 ajak Ibrahim pegi titiwangsa mana? Tasik Titiwangsa atau Banjaran Titiwangsa? kakakaka
Tak lama lagi dalam pasaran.
Contact lens yang tunjukkan mata sentiasa terbuka walaupun sedang tido.
Berteknoloji tinggi dengan design yang mengikut trend terkini.
Sesuai untuk ahli2 parlimen,mereka2 yang selalu hadir seminar, mesyuarat ,ceramah, dan kuliah.
Tak tertinggal juga artis2 dan model2.
Sila booking sekarang untuk dapatkan early bird discount.
email ke bom_jatuh_ke_rak2@yahoo.com
Post a Comment