Friday, October 21, 2011

Jelajah Muhyiddin Yassin : Selangor Bangkit


Tan Sri Muhyiddin Yassin akan merentasi beberapa daerah di Selangor esok untuk bertemu rakyat.

Bermula dengan Sarapan Pagi 1Malaysia dan menyampaikan sumbangan Deepavali di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Dengkil.Seterusnya ke Institut Latihan Perindustrian Kuala Langat untuk bertemu warga guru agama dari Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Tahfiz.

Tengah hari, Muhyiddin akan menghadiri Majlis Penerangan Perdana Barisan Nasional (BN) Selangor di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia, Serdang. Sterusnya ke Kajang untuk menghadiri Perjumpaan 1Malaysia anjuran MCA dan penyampaian bantuan Deepavali di SJKC Sungai Chua.

Pada sebelah petang, Muhyiddin dijadual menziarahi rumah Ketua Masyarakat dan Veteran UMNO di Kampung Pasir Puchong, sebelum mengakhiri lawatan di Selangor dengan Perjumpaan 1Malaysia dan penyampaian bantuan Deepavali di SJK Tamil Batu 14, Puchong. - Utusan

No comments: