Friday, October 21, 2011
Saat-saat kematian Muammar Gaddafi ...
Dengan kepala yang berlumuran darah akibat dipukul, Gaddafi bertanya kepada salah seorang pemberontak yang menangkap beliau "Apa yang telah saya buat kepada kamu?"
Tanpa belas kasihan, Gaddafi telah ditarik keluar dari paip saliran untuk dihumban ke dalam trak.. Ketika diseret dalam keadaan kesakitan melalui jalan-jalan yang berdebu, pemberontak sempat merakam video.
Ketika darah makin mencurah keluar, Gaddafi merayu untuk terus hidup.
Pemberontak yang memakai topi besbol New York Yankees dan bukan topi keledar tentera, dapat mendengar dengan jelas Gaddai berkata "Tolong jangan tembak, tolong jangan tembak".
Gaddafi terus dikelilingi sambil pemberontak melaungkan "Tuhan Maha Besar".
Ketika itu, ada kedengaran seorang lelaki menjerit "Kami mahu dia terus hidup, kami mahu dia terus hidup!"
Malangnya, rayuan Gaddafi tidak dilayan. Sebutir peluru menembusi kepala kirinya.
Penghinaan ke atas Gaddafi tidak berakhir begitu saja. Mereka yang marah menanggalkan kasut masing-masing dan menampar muka Gaddafi - suatu penghinaan yang amat dasyat.
Gaddafi kemudian dimuatkan di dalam ambulan untuk dibawa ke hospital dan disahkan telah meninggal dunia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Al-Fatihah untuk Gaddafi.
Yahudi dan Iblis menari kegembiraan. Negara Islam runtuh satu demi satu.
Semoga Allah SWT lindungi negara kita Malaysia.
menyerang negara orang memerlukan kos peperangan yg besar.....so, apa yg mereka buat? taja pemberontak dari dalam negara itu sendiri....lebih jimat, tentera sendiri selamat, musuh hancur, negara jadi boneka!!!! Pun ada yg masih belum sedar!!! Ya Allah, selamatkanlah Malaysia ku yg tercinta!!!
bersiap sedialah ummat islam.. kelmarin Mekah telah diserang dengan penyeludupan arak.. nasib baik dapat disekat.... Hanya Orang Islam yang boleh menghancurkan orang Islam, seperti kejatuhan kerajaan Abassiah....
Alfatiah untuk Gadafi. Gadafi yang telah sekelian lama membangkitkan semangat perjuangan orang Arab agar jangan tunduk dengan tekanan luar, akhirnya terbunuh di tangan bangsanya sendiri.
Bagaimana LIBYA selepas ini? Aman damai? Tunggulah..kerajaan LIBYA bakal jadi boneka US & Yahudi. Skrip yg mudah dibaca.
percayalah Libya tidak akan aman selepas ini. Lihat sajalah Iraq yang telah dihuru-harakan oleh tangan2 ghaib. Adakah Iraq aman sehingga kehari ini walaupun Saddam Hussien telah mati? Allah lindungilah negaraku Malaysia yang tercinta ini. Fikir-fikir dan renung-renungkan lah wahai saudara sekelian
Fikirlah wahai bahlul pas. Jangan asyik ikut telunjuk DAP
inilah islam dilaknati Allah SWT...sesama islam bunuh..x semua islam yg ada betul..renung2 lah..Mesir,Libya..hancur...pastinya musibah yg diberi Allah SWT..ada hikmahnya untuk kita renungkan.Kalau mereka ni semua penganut,pengamal islam sebenar sumpah dgn Nama Allah x berlaku seperti ini.Islam tahi kuching dia org ni.Islam x pernah mengajar membunuh sesama islam.
Malaysia pun telah dirasuk oleh iblis dan dajjal dari barat. Kita lihat saja pembangkang di Malaysia tak pernah henti provok agama di Malaysia. Malah yang cuba jahanamkan umat Islam di Malaysia ini adalah orang Islam sendiri yang sebenarnya telah ditaja dan dilatih oleh puak al Kafirun. mereka pulak bersekongkol dengan kafir harbi yang sentiasa mencari jalan meruntuhkan Islam di negara ini. Puak yang ditaja ini pulak tak boleh berpaling tadah kerana terlalu banyak jasa dan budi kafir kepada mereka. Rahsia mereka jugak banyak di tangan kafir ini.
Betul ke tak Gaddafi ni??
smoga allah menerima arwah muammar gaddafi
.. islam jaman skaranga snang skali di hasut oleh orang yahudi wannasrani..
ngara islam libiya yg pmimpinnya sangat mmbenci org yahudi akan tetapi rakyat libya smuanya goblok mau di hasut sama org yahuuuudii bangsat. satu dmi atu ngara islam akan hancur ... mudah2an allah selalu melindungi kaum islam dari kedzoloman yahudi.... amin ya rabbal alamin
islam d'ambang kejatuhan...cume islam d'negara laen kurang dpt pengetahuan dan ambil tahu...semuanye telah dikaburi termasuk media di malaysia"kire telah ditapis sblm dihantar ke malaysia"...renung2kn lah,kite tidak mmpu untuk membantu dari segi kekuatan, hanya dpt mmbantu dengan doa kepada oragn islam yg laen sahaja"itu pn kire membantu"...jd berdoalh untuk saudara islam kita...
Post a Comment