Monday, October 3, 2011

Penjawat awam bakal naik gaji 40% ?

Gambar hiasan


Menjelang pembentangan belanjawan oleh PM pada hari Jumaat ini, ada satu khabar angin bertiup kencang di kalangan penjawat awam.

Dipercayai bahawa kerajaan akan perkenalkan sistem saraan baru sektom awam yang mana akan membawa kepada
kenaikan gaji sehingga 40 peratus. Ini melibatkan penyusunan semula skim dan gred.

Walaubagaimanapun, sehingga kini belum ada pihak yang berani membuat pengesahan. Adakah benar ataupun hanya cakap-cakap politik. Kita tunggu dan lihat.

13 comments:

Anonymous said...

jika berita ini betul, penjawat awam patut bersyukur. babonad

Anonymous said...

sekiranya..syukur sgt2..

Anonymous said...

naik mmg naik..tp xmngkin smpi 40%..max 20 je..tu dr mklumt yg aku dpt la..

Dungun said...

InsyaAllah

Anonymous said...

bila bercakap pasal penjawat awam ni naik gaji, ada pihak yg suka dan ada yg tak suka...ni yg payah.

Yg penting semua akan dapat merasa rezeki Allah.

Dungun said...

Saya setuju, bersyukur apa yang ada InsyaAllah dapat yang dihajati...

lim kong kang said...

Tak kira le berapa...janji naik.
Kalau bagi gaji naik belum tentu BN menang.
Kalau tak naik, dah tentu BN kalah.
Kalau bagi gaji naik dan BN kalah pun tak pa .
Sebab:
1. Rakyat akan kenang budi Najib.
2. Pembangkang akan pening kepala.

Anonymous said...

Saya pesara Kerajaan, harap kalau Kakitangan Awam naik gaji,pesara pun dapat kenaikan sama mengikut skim masing2.
Apa yang penting disini Kakitangan Awam memang wajar kena naik gaji SEBAB..harga rumah sekarang rata2 dah tinggi di pasaran, SO kelayakan maksima pinjaman Kakitangan Awam mesti sama kena naik supaya mereka BOLEH BELI rumah-rumah yang dijual di pasaran kini, terutama di Lembah Klang dan bakal Lembah Klang 2, kalau tidak tentu akan wujud jurang perbezaan antara Kakitangan Awam dgn Swasta, DAN antara orang Melayu yg ramai dalam gulungan Kakitangan Awam dengan kaum Bukan Melayu.

Anonymous said...

apa la nasib pekerja sektor swasta

Anonymous said...

Gaji naik memang baik dan terima kaseh kpd Najib. Hanya satu saja yang tk puashati kami penyokong setia UMNO. Bagi para penyokong parti pembangkang yang menjadi duri dlm daging atau musang berbulu ayam. Mereka kerja siang malam hanya mengkritik dan menjatukkan pihak kerajaan, tetapi mereka pun mendapat habuan yang sama. INI TAK ADIL.

anti bohmau said...

sektor swasta kena berbincangla baik2 dgn majikan. kalau dah kerajaan beri banyak pelepasan cukai & kemudahan kredit kpd pihak swasta, mengapa mrk tidak boleh berkongsi keuntungan dgn pekerja2 mrk? jgn hanya pandai perah tenaga pekerja tp kurang sekali kebajikan mrk dijaga...bukan semua tp mcm tu la yg selalu kita dengar terutamanya jika majikan jenis yg sembunyikan laporan syarikat... pekerja2 bawahan memang tak tahu apa2 sedangkan mrk yg menguasai pentadbiran mengaut laba...

mae1000 said...

Kesian orang Melayu yang makan gaji kat sektor swasta ... sapalah yang nak berjuang untuk mereka.

Anonymous said...

penjawat awam naik gaji bermakna akan ada kenaikan harga barangan... bagaimana nasib pekerja swasta yang tiada kenaikan gaji tapi terpaksa menanggung kos sara hidup yang makin tinggi???