Friday, October 7, 2011
Bajet 2012 : Bajet paling GILA pernah dibentangkan !!
Gila ! Memang gila ! Banyak benda gila telah dibentangkan oleh DS Najib dalam Belanjawan 2012.
Barangkali pembangkang turut sama terkejut dan melopong. Mungkin ada yang demam 3 hari 3 malam. Macam tak percaya dengan 'durian-durian-durian-durian runtuh' yang diumumkan oleh kerajaan.
Gila 1 - Bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah! Kalau ada 5 orang anak, dapat RM500.
Gila 2 - Pertama kali dalam sejarah, yuran sekolah dihapuskan ! Dengan kata lain, rakyat dapat pendidikan secara percuma di sekolah.
Gila 3 - Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah! Rezeki untuk rakyat bawahan. Alhamdulillah.
Gila 4 - Bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam! Maknanya tahun ni dapat satu bulan bonus. Memang terbaik.
Gila 5 - Pesara dapat Rm500 ! Hah..ko ado?
Ada banyak lagi perkara gila yang ada dalam belanjawan. Anda boleh baca teks penuh DISINI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
bro..
ape yg giler
its a small budget compare with other countries, and we are doing well in spending it to the people....
bye
Sayangnya potongan cukai bagi pekerja berpendapatan sederhana tak diambil kira oleh kerajaan barisan nasional..ini salah satu potongan yg membakar hati rakyat. Asyik ptotngan cukai utk pengusaha dan pelabur sahaja,bila rakyat yg cukup2 makan mcm kami ni nak disejukkan hati.
Mujurlah rakyat menolak pemimpin kaki liwat dan penzina,klu orang lain mahu juga berpaling arah..
Alhamdulillah atas kurniaan rezeki. Moga pelaksanaan bajet mendapat keredaan Allah SWT. Terima kasih PM.
~ORG KAMPUNG
Wuuuii!!...pemandu teksi bersorak girang!
aku pun tumpang suka tengok dia orang suka....
heheheheeee...
alhamdulillah ada bajet untuk org2 tua yg selama ini mengharap duit dari anak2. klau sampai waktu buka sekolah ada ibu tua yang tak dihulur sumbangan bulanan oleh anak2
budget untuk diri sendiri adalah, bukan untuk rakyat tapi untuk yb dan koroni2nya, rakyat terus hidup miskin tetapi orang yang kaya terus kaya kerana hanya mengharapkan bantuan kerajaan yang tak seberapa, cubalah cari jalan juntuk meningkatkan pendapatan isi rumah dengan mengaplikasikan gaji minimum yg telah di cadangkan iaitu RM 3000,00 minimum semua rakyat pun puas hati dan merasa terbela biarpun penjawat awam atau pun swasta, bukan kita tidak bersyukur apa yang ada tetapi budget tsb ada udang di sebalik mee...hahaha
Post a Comment