Tragedi malang....Simoncelli terlentang di atas litar tanpa topi keledar selepas berlanggar dengan Colin Edward dan Valentino Rossi.
Pelumba, Marco Simoncelli dari pasukan San Carlo Honda Gresini meninggal dunia selepas berlaku kemalangan pada pusingan pertama Perlumbaan Motosikal Grand Prix (MotoGP) Shell Advance Malaysia 2011di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Ahad. Topi kaledar yang dipakai Simoncelli, 24 tertanggal selepas terjatuh.Menurut Pengarah Perubatan, Dr Michele Macchiagodena, Simoncelli telah diberi bantuan pernafasan namun gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia pada pukul 4.56 petang. Simoncelli dilaporkan mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala, leher dan dada.
No comments:
Post a Comment