Friday, June 25, 2010

Kenapa tiada pihak yang ambil kisah tragedi lemas di Sungai Hulu Langat?


Bila bangsa kita ditimpa musibah, tiada siapa ambil kisah. Tiada pulak ada pihak yang mendesak supaya satu suruhanjaya bebas ditubuhkan untuk menyiasat kejadian pada 24 Jun 2010. 2 nyawa melayang di Sungai Hulu Langat. Sungai ini bertempat di negeri Selangor. Siapa peduli?

--------------------------------------------

BANGI - Hajat tujuh sahabat untuk mandi-manda dan memancing selepas tamat sesi persekolahan di Sungai Hulu Langat dekat Taman Desa Sentosa di sini kelmarin berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka lemas di sungai itu.


Mereka yang lemas ialah Mohd. Fariz Rizwan Azman, 11, pelajar tahun lima Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan 6, Bandar Baru Bangi dan Mohd. Akmal Muhammad Arshad, 16, pelajar tingkatan empat, Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya, Presint 14.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, Timbalan Penguasa Bomba, Emil Taihin berkata, mayat Mohd. Fariz ditemui pukul 10.30 pagi semalam manakala mayat Mohd. Akmal masih belum dijumpai.

Tambahnya, pemeriksaan di sepanjang lima kilometer dari tempat kejadian mendapati terdapat beberapa kawah sedalam tiga meter kesan daripada aktiviti mengorek pasir.

Dipetik daripada Akhbar Kosmo


--------------------------------------------


Ketika kejadian jambatan gantung runtuh di Perak dulu, semua orang ambil kisah. Menteri turun padang dan meluluskan peruntukan RM10,000 kepada keluarga mendiang. Malah Menteri turut mengarahkan satu jawatankuasa ditubuhkan untuk membuat siasatan terperinci bagi menentukan fakta sebenar yang membawa kepada insiden berkenaan dan membentangkan laporan.


Itu kes di Perak dan yang ini di Selangor. Sungai di Selangor tak macam di tempat lain. Berdasarkan kepada keadaan sungai di tempat kejadian, ada beberapa kawah sedalam tiga meter kesan daripada aktiviti mengorek pasir.


Menteri senyap. Ahli politik pun senyap. Tiada siapa yang mendesak supaya siasatan dilakukan.

Yang pasti beberapa pihak lega, lepas ni boleh korek pasir sungai lagi…

3 comments:

Anonymous said...

apa boleh buat, orang kita cuma dapat melihat dan diam.

'Diam tanda simpati'

Anonymous said...

sebab umno baru dlm menjadi pembangkang...tak reti nak kaitkan isu untuk membangkang...alih2 kipas org atas je nak rebut jawatan dlm parti....dieorg pulak dah mmg expert bab nak kait kan isu untuk membangkang kerajaan

Anonymous said...

Umno selangor kurang responsif..tak pandai mengatur strategi..daif...
tak kan lah nak harapkan blogger pulak.