Wednesday, June 16, 2010

Jabulani, Vuvuzela rosakkan kemeriahan World Cup?

Kempen 1 vuvuzela untuk 1 penyokong?

Bola Jabulani


Bola rasmi Piala Dunia kali ini, ‘Jabulani’ serta penggunaan berleluasa trompet yang amat bingit, ‘Vuvuzela’ terus mendapat perhatian pemain dan bos pasukan selain permukaan padang pada altitud tinggi.

Sepanjang kempen Piala Dunia yang berlangsung sekarang ini kita dapat lihat setiap kali sepakan percuma, bola pasti akan tersasar jauh ia sukar dikawal oleh pemain setiap kali menerima hantaran.

Setiap hantaran lintang yang dibuat semuanya terlalu kuat, melewati palang gol. Malah, jarang kita melihat sepakan percuma melepasi benteng pertahanan.

Selain daripada masalah tersebut, kehadiran Vuvuzela, turut memberikan masalah tambahan. Ada beberapa pasukan mengharamkan penggunaan Vuvuzela pada sesi latihan kerana kurang senang dengan bunyinya yang bingit dan bising seperti bunyi ‘sekumpulan besar lalat’.

Bunyi bising vuvuzela, bermain dalam keadaan bising bukanlah perkara yang baik buat pemain kerana pemain dan jurulatih tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain di atas padang.

Ada sumber mengatakan bahawa Jabulani dan Vuvuzela merupakan idea FIFA untuk mencipta lebih banyak gol dan membuatnya melakukan perkara ganjil bagi menjadikannya kejohanan menarik.


FIFA lupa, ada perkara lain yang lebih menarik dalam Piala Dunia :)












1 comment:

Anonymous said...

fuh...terbaik