Saturday, June 12, 2010

Nik Aziz Umpama Mahatma Gandhi ???


Kaum India yang menyokong PAS menyifatkan Mursyidul Am parti, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memiliki peribadi seperti Mahatma Gandhi yang sentiasa disenangi rakyat.

Setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), K. Deepakaran berkata,kebanyakkan orang India beranggapan Nik Abdul Aziz sama seperti Ghandi yang sentiasa mengamalkan sifat rendah diri dalam mendekatkan diri dengan rakyat.

Malah cara pemakaiaan Menteri Besar kelantan itu yang masih tidak berubah sejak menerajui pemerintahan negeri pada tahun 1990 turut menjadi tarikan.

"Biarpun sudah 20 tahun memerintah Kelantan, cara pemakaian dia tetap sama dengan serban dan jubah... tidak ada perubahan.

Seterusnya klik sini.

Sebelum ni Lim Guan Eng telah diumpamakan sebagai Khalifah Umar Abd Aziz. Sekarang giliran Nik Aziz pulak. Dia disamakan dengan Mahatma Gandhi.

Siapa Mahatma Gandhi? Gandhi adalah salah seorang yang paling penting yang terlibat dalam pergerakan kemerdekaan India. Dia adalah aktivis yang tidak menggunakan kekerasan, yang mengusung gerakan kemerdekaan melalui demonstrasi secara aman.

Aku tak nampak apa yang sama..apa yang mirip..apa yang seiras antara Nik Aziz dan Mahatma Gandhi. Jauh benor bezanya..umpama gigi susu dan gigi palsu.


"Awwww...tak perasan pulak aku ni macam Mahatma Gandhi"

4 comments:

hilbert said...

Salam bro,

apa yang saya nampak ialah Nik Aziz sama mirip dengan Ulama Terompah, ...kalau orang India nak samakan Nik Aziz dengan Mahatma Gandhi tu hmmmm...terbatuk lah saya hahaha...jauh bulan dari bumi..!!

My Longest Yard said...

geng, inilah alkisah Raja Lawak musim terbaru..jom SMS ramai2...haha

Anonymous said...

haaa...! depa kata njis tu sama macam mahatma ghandi?

keh! keh!keh!

memang betul2 lawak. bagi borang Raja Lawak.

My Longest Yard said...

Mengampu Nik Aziz tu...maklumlah, PAS bagi chance kepada non-muslim utk bertanding atas tiket parti itu.