Sunday, June 6, 2010

Apabila seorang CEO bercakap mengenai subsidi rakyat


Terasa mual bila baca kenyataan seorang CEO dalam GLC. Almaklumlah..gaji sebulan cecah beratus ribu kemudian mengulas pulak mengenai subsidi rakyat. Memang ‘sesuai’.

-----------------------------------------------------------------------

Subsidi elektrik tidak mampu bertahan lama

PETALING JAYA 4 Jun - Pemberian subsidi semasa dijangka tidak mampu bertahan lama kerana negara mungkin terpaksa mengimport gas dan dijualnya mengikut harga pasaran pada suatu hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, pengguna kini menikmati tenaga elektrik separuh daripada apa yang sepatutnya dibayar ketika harga gas di pasaran semakin naik.

"Sebagai contoh, kalau Petronas membeli gas pada harga pasaran RM100, takkan dia nak jual pada pemain industri pada harga RM50, jadi sebagai pengguna kita terpaksa membiasakan diri dengan membayar harga tanpa subsidi.

"Kita perlu bersedia untuk membayar lebih daripada apa yang dinikmati ketika ini kerana Petronas tidak akan selama-lamanya menanggung beban dengan membayar separuh daripada harga pasaran untuk menjual gas kepada TNB dan industri," katanya.

Che Khalib menambah, pengguna tenaga elektrik harus menerima kenyataan bahawa mereka tidak selamanya akan menikmati subsidi tenaga elektrik kerana tanggungan kerajaan ketika ini amat tinggi.

Beliau berkata, mengurangkan subsidi gas dan menaikkan tarif elektrik merupakan antara cadangan yang diusulkan oleh TNB untuk memantapkan ekonomi negara.
Bagaimanapun, langkah itu dijangka tidak memberi kesan kepada kebanyakan isi rumah kerana ia hanya akan melibatkan mereka yang menggunakan tenaga elektrik lebih daripada 200 kiloWatt (kWh).

Sehubungan itu, beliau meminta agar orang ramai berhenti berdebat tentang pengurangan subsidi tetapi membincangkan bagaimana caranya untuk mengurangkan subsidi secara berperingkat-peringkat.

Che Khalib menyarankan mereka membahaskan mengenai berapa jumlah yang akan dinaikkan atau bila subsidi boleh dihapuskan secara beransur-ansur, seperti sama ada dalam tempoh lima atau sepuluh tahun, katanya.

"Keputusan-keputusan ini boleh diperbahaskan, tetapi untuk menyatakan bahawa subsidi akan berterusan saya merasakan ia tidak berlaku,'' katanya lagi.

Sumber – Utusan Malaysia

-----------------------------------------------------------------

Menurut laporan tahunan 2008, gaji Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNB ialah RM1,107,280.00 setahun. Sumber Malaysiakini. Itu tahun 2008 punya, bagaimana untuk tahun 2010?

Kalau boleh, mana-mana CEO yang sememangnya bergaji besar ni janganlah menyentuh soal subsidi. Kami rakyat kat bawah ni dah kecik hati. Sekian.

1 comment:

Anonymous said...

gaji seseorng xperlu la kau sentuh. benar gaji dia amat mahal. sesuai dgn pangkat dia. tanggungjwb dia. dia leh berckp sbb dia berilmu. mengetahui apa g berlaku dan bakal berlaku.kita patut mengkaji pandangan dia dgn fakta.bukn hanya pandai kecik hati je. boleh kau berckp ttg subsidi? kau hanya berckp keburukaan subsidi jika dihapusn, tp bleh kau berckp skop yg lbh bsr? bagaimana pengguraan subsidi leh majukkn negara? negara maju, rakyat pun maju. utk rakyat gak. jln rosak kamu mara kerajjan sbb tak baiki, tp kerajaan mane nk ada duit kalo semua bg subsidi. duit subsidi tu leh taja pelajar utk berlajar. bg aku baik, taja pelajaran ke oversea sbb education plg penting. keluarga miskin pun leh kaya sbb education.