Sunday, June 13, 2010

Dokumen penting urus niaga pasir di Selangor hilang pulakk...

Shah Alam 12 Jun - Siasatan berhubung dakwaan wujud amalan rasuah dan penyelewengan anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) dalam aktiviti melombong pasir di Selangor 'terganggu' selepas beberapa dokumen yang menjadi bukti penting mengenai kes itu didapati hilang.

Kehilangan itu disedari oleh pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) yang menjalankan siasatan dalaman berhubung kejadian itu di tingkat empat bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) petang semalam.

Seterusnya, baca di Mingguan Malaysia.

Mesti ada yang tak kena kalau ada dokumen yang tiba-tiba hilang bila melibatkan siasatan rasuah dan penyelewangan. Tak kan lah ada hantu yang sorok dokumen tu? Biasa kita dengar, hantu akan 'muncul' bila tiba pilihanraya. Sekarang ada hantu lain pulak. Hantu yang suka sorok fail agaknya...siasat jangan tak siasat..terjah jangan tak terjah!


Harakah daily dan malaysiakini langsung tak cerita pasal kehilangan dokumen penting ni. Sunyi sepi...senyap...


Walaupun ia cuma selipar, tetap dijaga elok2 takut hilang. Apatah lagi dokumen penting.


4 comments:

Anonymous said...

diaorg akan ckp "ini BN punya angkara...bla bla bla.." hehe. Mcm biasa. Ulang skrip lapuk.

agbr47 said...

Iklan mangga kunci nampaknya! Terlalu terbuka dan bebas itu sebab hilang.

agbr47: patah tumbuh, hilang berganti.

Anonymous said...

hahahahah simbolik nya gambar tu boleh buat kat baju T_SHIRT tak nnti boleh jual pasar malam....cuma tambah gambar muka tua bongok tu lagi bagus

Anonymous said...

taruk gambar N.Ajis..haha