Friday, June 4, 2010

Demonstrasi ok, tapi boikot lagi ok.


Bila ada isu melibatkan Israel dan Amerika, semua pihak akan mula bersuara, mengutuk, mengecam, memaki.

Tambah hebat, ada yang sanggup berdemonstrasi dan berarak hingga ke pintu kedutaan. Aku memang respect kamu semua kerana anggup berpanas dan berhimpit dengan ribuan orang demi menyuarakan kemarahan dan bantahan.

Apa yang diharap adalah semangat itu akan kekal dan tidak akan padam. Jangan jadi macam buih coca-cola. Bila buka penutup tin, berbuih-buih air coca-cola keluar. Tapi ia sementara. Lama kelamaan, buih pun hilang.

Bagi aku demontrasi kurang berkesan. Memorandum pun kurang berkesan. Senjata untuk kita menyuarakan bantahan kepada Israel dan Amerika adalah boikot barangan mereka. Itu adalah senjata paling ampuh.

Boikot dan terus memboikot. Jangan lagi pergi ke McD, Starbuck dan lain-lain.

Tapi kalau ada jualan murah barangan mereka hingga 70% diskaun macam mana? Ahh sudahhhh…


2 comments:

Anonymous said...

...Jangan lagi pergi ke McD ...

Harus diingat yg jadi staff McD tu kebanyakannya org Melayu/Islam. Kalau tutup McD, siapa antara kita yg sanggup tanggung nafkah mereka sehingga dapat kerja lain ?

Berpada-pada lah dgn boikot ini.

Nani Cheras

Anonymous said...

Cik nani,

Kalau kita ramai2 boikot McD pun rasanya kedai tu tak akan ditutup.