Monday, August 23, 2010

Pelik, kenapa ramai anak melayu sahaja jadi mangsa mercun?




Bila tiba musim raya, kita akan dengar berita budak-budak yang jadi mangsa mercun. Ada yang jarinya putus dan hancur, ada yang buta mata, ada yang terbakar rambut, ada yang melecur muka, malah ada yang sampai hilang nyawa. Mati kena bom kita biasa dengar, tapi mati kena mercun tu memang luar biasa. Tapi ia tetap berlaku di Malaysia.

Yang aku paling pelik, kenapa ramai budak-budak melayu yang jadi mangsa mercun? Bangsa lain pun sambut raya jugak. Kalau sambutan tahun baru cina, lagi banyak orang bakar mercun. Saiz mercun bukan main besar. Bunyi memang kuat. Bergegar satu bandar. Namun, tidak kedengaran pula ada antara mereka yang jadi mangsa mercun. Jika berlaku pun, mungkin media tak berminat untuk siarkan. Benarkah begitu?

Berbalik kepada kisah budak-budak Melayu tadi, mungkin mereka ini terlampau kreatif dan inovatif ketika bermain mercun. Ataupun kanak-kanak melayu ini pernah mengikuti program KIK atau Kaizen di kampung. Sebab tu la idea bercambah-cambah mengubahsuai mercun. Diversity kata orang putih. Tapi, kalau nak salahkan budak-budak pun tak boleh jugak.

Apa cerita mengenai penguatkuasaan? Mercun yang kena rampas dah bertan tan tapi masih ada lagi dijual di pasaran. Rampas saja tak cukup. Kena tangkap pembekal dan penjual nya jugak. Mercun ni barang haram. Jadi, layan lah barang haram ni seperti dadah, dvd cetak rompak atau pelacuran. Hukum mereka yang terlibat.

Kesian kat budak-budak Melayu yang jadi mangsa mercun ni. Macam mana nak makan, macam mana nak menulis, macam mana nak belajar, macam mana nak main facebook. Sayang... kecik-kecik dah jadi OKU.







4 comments:

Bingai @ Bangang said...

Salah kerajaan tak buat pemantauan.

Mak bapak TAK SALAH sebab hal pendidikan anak-anak adalah tanggungjawab kerajaan. Tanggungjawab makbapak hanya buat anak sahaja.

Aku Yang Bingai
1. Cina Mulakan Perdagangan Dengan Yuan Berbanding Ringgit
2. Dinar Emas - Bukan Idea Tun Mahathir?

stravi14 said...

Bingai;

sungguh mendalam kata2. Hahahaha...
betul2.

mak bapak melayu suka sangat lepas anak pegi merayau2..

Anonymous said...

sinis sungguh katamu bingai. menusuk ke hati ini. hehe

Anonymous said...

Biasalah melayu berpegang pada adat yg. dipusakai turun-temurun - dari kecil sampai jadi pemimpin:-
`BIAR MATI ANAK - JANGAN MATI ADAT`
ada lagi yang sedap ~ `KERA DIHUTAN DISUSUKAN,ANAK DIRUMAH MATI TAK MAKAN` itulah yang jadi pada meLAYU. konon nak jadi lilin sendiri yg. susah. Tak apa!!!! itu budaya kita Tatanglah PENDATANG. bab MERcun nie agak nyelah kita terlepas pandang sebab tanggung jawab lain nak dibuat ( nak TATANG PENDATANG,nak JAGA HATI BIBIK LAGI- ya...lah nak JAGA HUBUNGAN DUA NEGARA!