YB Khalid cakap dia ambil inisiatif untuk meliwat melawat kilang tersebut hanya bagi melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat. "Tentulah saya kena pergi. Kilang tersebut terletak dalam kawasan (parlimen) saya," jelas YB Khalid. Pergh…memang baguih punya jawapan.
YB Khalid, ni ha aku nak bagitau. Aku tahulah kilang air kencing setan tu berada dalam kawasan parlimen kamu. Sebagai YB Parlimen Shah Alam yang sah, aku minta kamu jenguk-jenguk lah tempat lain sama.
Ini haa ada kes di Pangsapuri Indahria di Seksyen 22. Kejadian tanah retak dikawasan letak kereta pangsapuri itu terus berulang, malah semakin besar saiznya. Menurut penduduk, fenomena itu sudah menghantui mereka selama kira-kira tiga tahun dan keadaannya kini lebih membimbangkan mereka apabila jalur retakan itu semakin hampir dengan blok kediaman. Baca sini.
Wahai YB Khalid, permintaan penduduk disitu cuma satu iaitu minta pihak yang terlibat membuka mata dan mencari jalan penyelesaian dengan segera sebelum sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku.
Penduduk pangsapuri berkata mereka sudah tidak sabar untuk menunggu lagi kerana perkara itu sudah dipanjangkan kepada pihak pemaju; Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tetapi sehingga ke hari ini belum ada tindakan yang dapat melegakan hati penduduk diambil.
Amboi..amboi…penduduk dah lama buat laporan tapi hang buat bodo ya. Takpa..takpa..PRU 13 nanti hang jaga. Tahulah apa pengundi Shah Alam nak buat.
Nasionalis1982 : Kilang Carlsberg dipedulikan, namun masalah rakyat diboo layan.
2 comments:
Soryy lah YB Khalid sedang sibuk berdakwah di gereja sempena Ramadhan. Di harap penghuni Pangsapuri Indahria di Seksyen 22, bersabar hingga lepas Aidilfitri. Kalau kegiatan dakwa itu boleh di gilirkan dengan YB Rodziah, adalah dia sedikit masa untuk mendengar kilanan dari penduduk pangsapuri. Yang paling baik sila tunggu hingga PRU13.
agbr47: Apa macam? Boleh tunggu?
Yeee... betul kata agbr47. Dalam misi kalid untuk penjenamaan semula shah alam sebagai:
ST. ALAM
kehkehkeh... Father Gonjol Kalid Samad...
Post a Comment