Aku sudah sedia maklum bahawa kewujudan Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak(PROTES) adalah untuk memprotes apa saja. Selagi ada bulan dan bintang di langit, selagi kapal terbang melayang ke hadapan dan bukannya secara gostan (reverse), selagi itulah mereka akan protes.
Senang cakap, kerja mereka adalah protes dan protes itu adalah kerja mereka. Kalau mereka tidak protes maknanya mereka tak buat kerja. Kalau mereka tak buat kerja maknanya mereka tak protes. Korang faham? Lantaklah..aku pun tak faham apa aku tulis ni.
Kalau korang nak tahu, aku memang admirer dengan kepala gerombolan PROTES. Bukan kerana kehenseman atau kekacakannya tapi kerana otaknya yang geliga macam sang kancil. Sebagaimana hebatnya sang kancil memperdayakan harimau dan buaya, begitulah juga dengan ketua gerombolan PROTES ni.
Malam tadi, diberitakan bahawa PROTES menganjurkan satu acara di Kampung Kerinci, Pantai Dalam. Ia dipanggil kempen Bantah : Selamatkan Rakyat dan turut menyelitkan program ceramah.
Nama Kempen : Bantah Selamatkan Rakyat
Tujuan Kempen : Membantah Kenaikan Harga Barang
Lokasi Kempen : Tapak Pasar Malam Kampung Kerinchi
Pergh…buat ceramah kat pasar malam, tempat yang ramai orang pulak tu. Di situ ada penjual dan pembeli. Memang kena dengan tujuan kempen iaitu membantah kenaikan harga barang. Bijak…bijak…mesti masa kecik dia banyak minum susu enfagrow. Otak jadi geliga macam sang kancil.
Permit pun diaorang tak pohon. Alasan yang diberi, lokasi tersebut sememangnya ada aktiviti orang ramai yang berhimpun.
Kalau dalam resume ada banyak rekod selalu berhimpun, memang orang itu akan tau lobang-lobang untuk cari alasan untuk teruskan misi berhimpun. Lobang kecik ke, lobang besar ke, dah tak kira dah. Yang pasti, sang kancil itu tetap 'bijak' melawan halangan.
Tuesday, August 10, 2010
Gerakan PROTES yang 'bijak' seperti Sang Kancil
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Betui3X... tu hari bini sdia dtg bulan pun nak salahkan kerajaaan..hahahhaa
dan sang kancil itu pun hidup aman damai selamanya...hehe
Salam Ramadan bro,
Mudah2an kita semua tetap teguh dan cekal dalam menempuh segala rintangan yang sukar buat masa ini dan juga masa depan...
Post a Comment