Selagi boleh spin sesuatu isu, selagi itulah DAP akan terus mentekedarah menspin isu yang ada. Semuanya kerana faedah politik. Walaupun faedahnya cuma 1%, maka DAP akan terus menyalak bagai anjing kena buasir. Dengan harapan 1% itu akan mencanak naik hingga 30% atau ke tahap lebih tinggi. Paling kesian, orang Melayu yang jadi penjilat tegar. Habis badan bau hancing kena kencing.
Isu terbaru adalah kes pengetua yang DAP dakwa sebagai rasis. Aku tengok DAP dan kuncu-kuncunya termasuk Malaysiakini duk kalut sangat menyalak. Bila TPM kata sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan untuk siasat, puak DAP yang bingai ni labelkan ia sebagai tak masuk akal sebab lambat ambil tindakan. Tak paham aku. Ambil tindakan salah..tak ambil tindakan pun salah. Kalau macam tu, duduk diam-diam lagi baik.
Jika DAP sibuk sangat pasal kes pengetua yang dikatakan sebagai rasis tu, apa kata kita kenangkan kembali kisah seorang mamat bernama Namewee. Dia pernah menggemparkan negara dengan mencipta klip video kontroversi lagu Negarakuku yang menghina lagu kebangsaan.
‘Talk some more lah /Chinese go back to China / If all go back ah/ This would not be Malaysia / I fear where you will find work / But it's usual lah, Malays also don't like to work / All go into the jungle / Live like Sakai.’
--------------------------------------------------
Jika pengetua itu dicop sebagai rasis maka suka aku tegaskan di sini, mamat bernama Namawee juga rasis kerana telah merosakkan konsep 1Malaysia yang dicadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mempromosikan perpaduan nasional.
Kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih. Dalam isu Namawee, DAP jangan buat-buat buta dan lupa.
No comments:
Post a Comment