Awas! penjawat awam yang cuba 'curi tulang' dengan menghabiskan masa di kafetaria atau pusat membeli-belah pada waktu pejabat di Putrajaya.Ini kerana gelagat anda akan dirakamkan menerusi kamera kompak oleh anggota dua skuad pemantau dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN).
Skuad yang ditubuhkan itu akan berkeliaran di lokasi-lokasi yang dikenal pasti antaranya Taman Warisan Pertanian dan Alamanda untuk merakam perbuatan seumpama itu.
Pengarah Bahagian Perkhidmatan di JPA, Datuk Dr. Mohd Azhar Yahaya memberitahu, pemantauan itu dilakukan ekoran aduan orang ramai terhadap sikap segelintir pegawai awam yang tidak mematuhi waktu bekerja dan berada di pusat membeli-belah semasa tempoh tersebut. – Mingguan Malaysia
Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kerana seekor lembu terpalit lumpur, semua akan terpalit sama. Itu yang dapat aku gambarkan mengenai penjawat awam. Yang buat masalah mungkin sorang dua, tapi habis semua penjawat awam terima akibatnya. Yang paling malang adalah penjawat awam yang kuat bekerja dan beri sepenuh komitmen. Pun terima nasib yang sama. Alahai…
Aku memang setuju sangat jika tindakan tatatertib diambil terhadap penjawat awam yang memang kaki curi tulang dan kaki ponteng. Ambil gambar mereka dan paparkan muka dan wajah individu tebabit dalam perhimpunan bulanan. Baru padan muka. Glemer dapat, malu pun dapat. Hehe. Lantaklah. Berani buat berani lah tanggung.
Penjawat awam spesis ini bukan saja memalukan diri sendiri dan nama baik jabatan, malah menconteng arang kepada pentadbiran DS Najib. Ya lah…Perdana Menteri dan barisan kabinet bukan main hebat bercakap mengenai visi dan misi, bercakap mengenai transformasi, bercakap pasal itu ini, tapi ada pulak penjawat awam buat tak paham dan buat taik masa bekerja. Bila ada rakyat yang menjadi mangsa kepada taik-taik ni, pentadbiran DS Najib jugaklah akan dimaki hamun, ‘kerajaan tin kosonglah..kerajaan tak serupa bikinlah’..bla bla bla. Alahai…nasib nasib.
Pejabat kerajaan di Putrajaya. Ini pun satu masalah jugak sebenarnya bila semua pejabat kerajaan dan penjawat awam dikumpulkan dalam satu kawasan yang sama. Apa yang buruk, apa yang busuk, apa yang senget, semuanya akan jatuh ke atas bahu penjawat awam walaupun itu mungkin bukan salah mereka. Alahai…nasib nasib. Pasrah sajalah ye.
4 comments:
Salam perkenalan,
Isu ni memang panas..tambah lagi apa2 yang melibatkan penjawat awam..tambah lagi kalo dah diri sendiri pun memilih untuk berkhidmat sebagai penjawat awam..
memang betul..kerana nila setitik..kerana segelintir yang berperangai sebegini habis semua terkena tempias..masakan tidak..kalo mereka yang diluar sana begitu gigih mencari sesuap nasik..mereka ini pula boleh mencuri tulang..tp gaji tetap berjalan..dah tentu ada yang hangin satu badan..
aku dah byk kupas isu penjawat awam dalam blog aku..mentransformasi penjawat awam ..bukan kerja yang mudah..perlu ramai yang berkerja di sektor swasta..berganding bahu..berkorban menceburi institusi awam..ubah dari dalam..
CUEPACS juga wajib memainkan peranan..jgn timbulkan perkara-perkara yang kontroversi shj..pasal bonus..pasal MC..pasal ramai wanita pegang jawatan tertinggi.. pada aku itu bukan isu utama..yang utama mcmana nak improve kan institusi ni supaya dapat terima..frankly speaking ..aku memang tak senang kalo orang cakap " ko keje kerajaan boleh la..senang.."...
From Error To Error One Discovers The Entire Truth - Jangan Takut Untuk Berubah.
bro..terima kasih atas komen anda.
Pada mereka yang bercakap "ko keje kerajaan boleh la..senang", aku fikir itu cakap mereka yang bukan terdiri daripada golongan penjawat awam. Mereka teringin atau berhasrat bekerja sebagai kakitangan kerajaan tapi masih belum ada rezeki.
Ada satu lagi quote yang biasa orang luar sebut mengenai penjawat awam ialah "gaji kakitangan awam tu kitaorg yang bayar sbb tiap-tiap tahun kami bayar cukai".
Yang bercakap itu lupa. Bukan kita sorang saja yang bayar cukai. Penjawat awam di dalam kerajaan juga bayar cukai tiap-tiap tahun.
Ada kala bila kita bercakap haruslah berpijak dibumi yang nyata.
Bukan semua-Pasti betul pasal curi tulang ni - org. bawahan tak punya ekseslah - dipantau setiap masa. kalau Boses tu sapa nak pantau - keja dia pun org lain buat - atas nama arahan. Tubuh le apa Unit pun- selagi pakai menatang jadah nie `THE RULES` 1.Bos always right. 2.If Bos Wrong-see menatang jadah tu.
bezanya.. penjawat awam bayar cukai x kemana duit tuh.. korang gk dpt balik..
Post a Comment