Kongres Ekonomi Cina Malaysia hari ini menuntut ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat. Kongres itu juga mahu kerajaan mengamalkan sistem tender terbuka dalam penawaran kontrak kerajaan agar persaingan adil dan tidak berat sebelah dalam bidang perniagaan tempatan dapat dicapai.
Aku fikir apa yang dituntut oleh Kongers Ekonomi Cina amatlah tidak wajar. Ia memberi gambaran seolah-olah bangsa Cina tidak dilayan secara adil oleh kerajaan. Seperti teraniaya begitu. Walhal, kalau kita tengok sekarang ini bangsa mereka dapat menikmati persekitaran ekonomi yang baik, dilayan dengan adil oleh kerajaan, walaupun dasar kerajaan lebih kepada membantu Bumiputera.
Fakta
Secara statistik majalah Forbes menunjukkan masyarakat Cina-Malaysia telah boleh berjaya sepanjang 30 tahun lalu. Menurut Forbes syarikat-syarikat dikuasai Cina mewakili 37 peratus pasaran modal di antara 100 syarikat Malaysia yang disenaraikan berbanding tujuh peratus kalangan orang Melayu. Individu kaum Cina juga menguasai 73 peratus kekayaan yang dimiliki 40 orang terkaya di Malaysia dan lapan dari setiap 10 orang kaya adalah Cina. Baca sini.
Berdasarkan fakta, aku ingin bertanya kepada bangsa Cina. Adakah selama ini bangsa anda dilayan dengan begitu buruk oleh kerajaan? Adakah sejak merdeka tahun 1957, anda merasakan diri anda dianiaya oleh kerajaan?
Sekarang anda sudah berani mengungkit. Malah sudah berani menuntut macam-macam.Terserah kepada DS Najib. Anda adalah Perdana Menteri kami. Buatlah keputusan sewajarnya. Pesan aku di sini, orang-orang Melayu masih bimbang jika tiada dasar yang pro-bumiputera.
Nasionalis1982 : Orang melayu tidak ‘terbunuh’ tapi perniagaan orang Melayu yang mungkin ‘terbunuh’.
No comments:
Post a Comment