Friday, August 20, 2010

Konsert Arthur's Day : Peringatan Untuk Semua (Muslim)


Satu konsert sempena Arthur’s Day akan dilangsungkan pada 24 September 2010 di Sunway Lagoon. Ia dianjurkan untuk memperingati ulang tahun sebuah syarikat arak, Guiness.

Arthur's Day refers to a series of music events which were first organised in 2009 to celebrate the 250th anniversary of the Guinness brewing company by its owner Diageo plc, using Freud Communications as public relations co-ordinators. (sumber Wikipedia)



Kalau korang tau ada sapa-sapa yang nak pergi ke konsert tu, tak kiralah dia tu adik-beradik korang ke, member, atau jiran tetangga yang beragama islam, maka eloklah korang nasihatkan mereka supaya jangan pergi sebab konsert tu melibatkan air kencing setan. Kalau mereka masih degil juga, laungkanlah azan di telinga mereka. Semoga mereka sedar dan insaf. Di bulan baik ni, sama-samalah kita ingat memperingati antara satu sama lain.


"Diriwayatkan dari Anas RA bahawa Rasulallah SAW telah melaknat sepuluh golongan yang terlibat dengan arak, orang yang memerah arak, orang yang diminta arak diperah untuknya, orang yang meminumnya, orang yang membawanya, orang yang meminta dibawa arak kepadanya, orang yang memberi minum arak kepada orang lain, orang yang menjual arak, orang yang mendapat hasil daripada arak ,orang yang membeli arak, orang yang meminta dibelikan arak untuknya"



No comments: