Wednesday, August 18, 2010

Adakah MCA akan keluar dari BN?


UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya segera mempersiapkan diri bagi menghadapi kemungkinan MCA bukan lagi sebahagian daripada anggota parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.


Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Mohd. Zahid Md. Arip berkata, pendirian Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek bahawa parti itu tidak takut untuk berkongsi pandangan yang sama dengan DAP hanyalah fasa pertama sebelum jalinan lebih 'mesra' dibentuk.


"Walaupun MCA merupakan antara parti teras dalam BN tetapi UMNO dan komponen yang lain perlu bersedia kerana ini (perkongsian pendirian) baru fasa pertama, tidak mustahil pada PRU nanti, Soi Lek akan berkongsi pula wadah perjuangan yang sama dengan DAP," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini. Seterusnya, baca sini.


PRU 13 bakal menjadi pilihan raya paling getir kepada UMNO. Bukan kerana ancaman Pakatan Rakyat. Tapi kerana ancaman dikalangan parti komponen BN itu sendiri. Apa nak dikata..bibit-bibit seperti musuh dalam selimut, api dalam sekam, gunting dalam lipatan dan duri dalam daging, semuanya sudah ada di depan mata. Jika UMNO tiada pelan B (pelan kontingensi) untuk menghadapi situasi tersebut, maka bersiap sedialah untuk meninggalkan Putrajaya.


Percaya atau tidak, permuafakan Perikatan yang dibina sejak merdeka mungkin bakal berakhir. Bersediakah kita?



5 comments:

Anonymous said...

Ya...bersiap sedialah orang2 Melayu akan kemungkinan kehancuran politik bangsa dan agama yang tenteram selama ini.Inilah yang dikatakan dalam Quraan bahawa apabila 'Luqaq ibni Luqaq'akan memerintah sesebuah negara dan inilah tanda2 kecil hari Kiamat.Islam akan hancur dan bangsa akan berkubur.Apa akan jadi pada jenerasi Melayu akan datang akan jadi seperti di Iraq dan Palestine. Apakah ini yang dimahukan orang Melayu dalam PAS, UMNO dan PKR?

Anonymous said...

'Duri dalam daging' bakal keluar dari BN.

MCA yang pemalas.

Anonymous said...

Buatlah perkiraan wahai PM, TPM dan Semua pemimpin Umno, pada pru12 lepas MCA tewas boleh dikatakan semua kerusi dan BN boleh mengekalkan kuasa kenapa tidak diambil balik kerusi MCA di kawasan mojoriti melayu biarlah Umno lwn DAP jangan biarkan DAP lwn MCA kerana sudah pasti DAP akan menang yg akhirnya BN akan rugi, biarlah orang cina hantar wakil mereka melalui DAP ke Parlimen kerana mereka tak perlukan MCA lagi.

Anonymous said...

jangan tunggu dia keluar,sebelum apa apa kita perlu adakan kongres atau apa sekalipun untuk berbincang tentang kesetiaan dalam perikatan,tanya semua....GERAKAN,MIC,MCA DAN LAIN LAIN KOMPONEN tentang kesetiaan mereka,jikalau jawapannya ada PUTAR belit ke berdolak dalik ke.....jangan tunggu...halau je dari BN...bertindak sebelum terlambat....

myMan said...

setuju!!! setuju!!!
mengabeihkan boreh ajer cina MCA ni.
UMNO pulak jgn takut untuk senada dengan PERKASA dan lain2 hulubalang melayu!! allahuakbar!!
andaipun ditakdirkan bumiputera tewas PRU nanti, kita akan rampas walau dengan cara ape sekalipun demi ugama, bangsa dan tanah melayu!!