Monday, August 23, 2010

Disebalik Insiden Penahanan Tujuh Nelayan Malaysia Oleh Pihak Berkuasa Indonesia


Pada masa kejadian, kelima-lima bot tersebut sedang menangkap ikan di perairan yang telah menjadi kawasan menangkap ikan sejak sekian lama. Pasukan Gerakan Marin (PGM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah menerima laporan insiden tersebut pada 9.35 malam.


Susulan dari itu, bot ronda laju PC 9 dan PSC 26 PGM diketuai oleh Asisten Supritendan Polis Ahmad Amri Abdul Rahman yang sedang membuat rondaan rutin di perairan tersebut telah diarahkan mengesan bot nelayan tersebut. Pada 10.45 malam, lima bot nelayan dan bot Dolphin 015 dikesan di lokasi 010 18.9’ Utara, 1040 24.4’ Timur iaitu kira-kira 0.4 batu nautika dari Batuan Tengah (Middle Rocks) yang sedang dalam pelayaran menuju ke Batam, Indonesia.


Lokasi ini masih di dalam perairan laut wilayah Malaysia. Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 23 Mei 2008 telah memutuskan Batuan Tengah milik Malaysia. Bot PC 9 telah mengarahkan bot Dolphin 015 untuk berhenti namun tidak diendahkan dan dua das tembakan flare ke udara menggunakan light pistol dilepaskan.


Bot Dolphin 015 masih enggan berhenti dan terus memecut laju memasukki perairan Indonesia. Bot PGM berhenti mengejar setelah Bot Dolphin 015 didapati memasuki perairan Indonesia.

Tindakan PGM ini adalah selaras dengan prosedur yang ditetapkan di bawah Arahan Ketua Polis Negara, tembakan amaran ke udara tidak dilepaskan kearah bot Dolphin 015 dan bot PGM berhenti mengejar setelah bot tersebut memasuki perairan Indonesia.


Semasa PGM membuat pemeriksaan ke atas lima bot nelayan tersebut, didapati tiga pegawai penguatkuasa KKP menyorok di dalam bilik enjin dua bot nelayan dan salah seorang darinya telah menanggalkan pakaian seragam KKP.


Tindakan itu dipercayai bagi untuk mengelak dari ditangkap oleh PGM. Sistem Penentu kedudukan Global (Global Positioning System) bot juga telah dirosakkan.


Salah seorang penguatkuasa KKP telah dihubungi oleh Ketua Bot Ronda KKP yang dikenali sebagai Hammanto dan telah menawarkan pertukaran pegawai penguatkuasa KKP yang ditahan dengan tujuh nelayan Malaysia.


Namun demikian, tawaran tersebut ditolak kerana ia berlaku dalam perairan Malaysia dan PGM bertegas tindakan undang-undang akan diambil sewajarnya. Kesemua lapan nelayan dan lima bot serta tiga penguatkuasa KKP telah dibawa ke Jeti Jabatan Laut Tanjung Pengelih untuk siasatan lanjut.


Ketiga-tiga pegawai penguatkuasa ini telah disiasat oleh Ibu Pejabat Polis Kota Tinggi dan diklasifikasikan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan (Penculikan).


Mereka telah ditahan di lokap IPD Kota Tinggi dan direman selama empat hari oleh Mahkamah sehingga 18 Ogos 2010 bagi siasatan lanjut. Pihak PDRM telah memberikan layanan yang sama sebagaimana yang digunapakai ke atas warga Malaysia yang ditahan dalam lokap berdasarkan prosedur yang ditetapkan.


Pada 14 Ogos 2010, satu laporan Polis telah dibuat oleh adik salah seorang nelayan yang ditahan menyatakan bahawa beliau menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada nombor telefon +6281270228267 yang tertulis “Tolong kirim RM1,000 Untuk taikong Melayum untuk tiga orang Cina RM 2500, jadi semua RM 3500. Kirim lewat western union atas nama Harun No KTP 2171071708659006, Alamat: Tanjung Piayu sei Beduk, Batam. Ok?.


Siasatan awal PDRM mendapati nombor telefon tersebut juga turut disimpan dalam telefon bimbit milik tiga pegawai penguatkuasa KKP. Pada 16 Ogos 2010, lima pegawai dari Konsulat Jenderal Republik Indonesia telah datang ke Ibu Pejabat Polis Kontingen Johor bagi membincangkan urusan pembebasan tiga pegawai penguatkuasa KKP.


Pegawai tersebut juga dibenarkan menemui tiga penguatkuasa tersebut di lokap IPD Kota Tinggi. Pada 17 Ogos 2010, jam 9.20 pagi, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi telah menyerahkan tiga pegawai penguatkuasa KKP kepada Jonas L. Tobing, wakil Konsulat Republik Indonesia.

Pembebasan ini dibuat setelah beberapa siri rundingan diplomasi, siasatan kes telah selesai dijalankan dan bagi menjaga hubungan baik Malaysia dan Indonesia.


Malaysia telah mengemukakan Nota Bantahan Diplomatik ke atas tindakan pencerobohan dan penahanan 7 nelayan Malaysia oleh bot Dolphin 015 milik KKP.

Tindakan ini merupakan satu pencabulan ke atas integriti dan kedaulatan wilayah Malaysia. Sejak 2005 hingga Ogos 2010, terdapat 12 kes pencerobohan bot dan kapal Pihak Berkuasa Indonesia dalam perairan Johor sahaja.


Nelayan tempatan yang menangkap ikan dalam perairan Malaysia kerap menjadi mangsa perasugut dan diminta membayar sejumlah wang bagi membebaskan nelayan yang ditahan. Insiden seumpama ini akan berulang di masa hadapan khususnya dalam musim perayaan yang akan disambut tidak lama lagi.


Pihak Berkuasa Malaysia komited dan akan terus meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan dalam kawasan perairan Malaysia berdasarkan Peta Baru 1979 ke atas sebarang pencerobohan dalam perairan negara.


Pihak nelayan hendaklah memberikan kerjasama dengan terus membuat laporan kepada Pihak Berkuasa mengenai insiden yang berlaku supaya tindakan yang cepat dan berkesan dapat diambil sewajarnya.


Di samping itu, tindakan-tindakan yang diambil oleh pegawai penguatkuasa KKP Indonesia semasa berada di dalam bot nelayan telah menimbulkan keraguan dan mengukuhkan lagi pandangan bahawa insiden ini adalah angkara pihak dan individu daripada agensi berkenaan menggunakan kedudukan mereka demi kepentingan masing-masing.


Keberadaan mereka diatas bot nelayan dan tindakan menanggalkan pakaian seragam serta menyorok di dalam bilik injin jelas menunjukkan bahawa mereka telah melakukan pelbagai kesalahan dan berusaha untuk menggelak daripada dikesan oleh pihak PDRM.


Usaha untuk membuat pertukaran 7 nelayan dan 3 pegawai KKP oleh ketua bot Dolphin 015 dalam tempoh beberapa jam setelah kejadian dilihat sebagai inisiatif persendirian beliau untuk menutup insiden berkenaan.


Mstar Online



6 comments:

Matahari said...

suruh seluruh rakyat Indonesia yg sedang berpiket tu baca artikel tu baik2..lau dh selalu amalkan rasuah,begini lah..bila dh kene tangkap nk burukkan org lain.

Anonymous said...

adakah laporan MKN ini disiarkan di media perdana?

jika tidak, ia harus dilakukan bagi menjelaskan peristiwa sebenar kepada rakyat.

Anonymous said...

Indon bangang..dasar batak mmg bongok..korup..

Anonymous said...

Saya pernah bekerja di Batam beberapa bulan yang lalu. Nak kata negara kita ni negara rasuah? Baik fikir dulu sebelum buka mulut. Kerja dulu di negara jiran kita barulah melalak biji mata. Tiap kali melalui pegawai imigrasi diorang rasa takut makin menjadi. Apa tak pegawai imigrasi diorang macam muka harimau. soalan demi soalan ditanya. bagi duit rm50.oo baru lepas. apa ni! seluruh dunia tau bagaimana negara jiran kita beroperasi. semua pakai duit..duit..duit..duit. sembahyang jumaat dan sembahyang ahad tu dah rutin bagi mereka. pegawai kerajaan putar belit. nak lapor buang masa sahaja. undang-undang ada tapi masaalahnya tak laku sebab dengan duit yang betul salah dan yang salah boleh jadi betul. tengok lah sime dan tapak tanah yang bekas embassy malaysia tu..hampir diambil. hanya dengan bantuan kerajaan saja dapat bantu. kalau tak caya coba lah buat atau buka business dinagara jiran tu. baru malalak biji mata!

Anonymous said...

jauh perjalanan luas pemandangan.
bila ada pengalaman di indonesia, baru kita sedar. hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri.

Anonymous said...

awt tk mau kira d singapore,ada easuah tak kat sana