Wednesday, August 11, 2010

Edisi pedih : Anwar kena 'sindir'


Kita tak perlu orang lain untuk menyuarakan rasa menyampah dan meluat bila kes liwat Anwar Ibrahim itu asyik ditunda, ditunda dan terus ditunda. Kita wakilkan saja Gobind Singh Deo saja untuk bercakap.

Adakah Gobind Singh memang nak cakap, atau terlepas cakap, itu tak penting lagi. Tapi mesej yang keluar dari mulutnya tu memang ‘sesuai’ dengan senario terkini kes liwat Anwar Ibrahim.

Dalam inkues Teoh Beng Hock, Gobind membidas ‘nota terakhir’ yang bakal dikemukakan dalam mahkamah kerana ia memerlukan perbicaraan semula dan tidak pratikal untuk dilakukan. Sedangkan inkues tersebut telah berlangsung hampir setahun dan kini pada peringkat akhir.

"Jangan tanya bagaimana perasaan seseorang peguam. Tanya wartawan yang membuat liputan (inkues) untuk setahun. Tanya keluarga berkenaan bagaimana perasaan mereka,” katanya.

Betul kata Gobind. Selamilah hati seorang peguam. Selamilah hati wartawan. Selamilah hati keluarga mangsa. Selamilah hati rakyat yang setia menunggu keadilan. Adakah Gobind sengaja ‘menyindir’ Anwar? Hanya jauhari mengenal manikam. Yang pasti, siapa makan cili dia terasa pedas.



1 comment:

Bingai @ Bangang said...

Gobind cakap bila kena tang orang dia saja. Bila orang dia yang buat dia akan kata "Keadilan mesti ditegakkan walaupun makan masa yang lama. Kita perlu telus dan berhati-hati supaya yang tidak bersalah tidak teraniaya."

Perghhhh.....

YB : Yang Bingai @ Bangang
1. Sultan Johor Murka Kerana Poster Bingai?
2. Sultan Ibrahim murka lagi di Tendang Terajang?