Monday, August 30, 2010

Doa untuk Datin Seri Rosmah


Sebagai wanita Islam, kami percaya bahawa anda mempunyai hasrat untuk memakai tudung kepala, tetapi hasrat tersebut mungkin masih belum menjadi kenyataan hingga sekarang.


Bagaimanapun, kami sentiasa berharap dan berdoa kepada Allah supaya dibukakan hati anda untuk memakai tudung kerana bertudung dan menutup aurat adalah suatu yang wajib bagi seseorang wanita beragama Islam.


Memang benar, perubahan sebenarnya tidaklah sepayah yang kita sangkakan. Cuma perlu niat yang ikhals, ketabahan dan kesungguhan selain kebergantungan kita kepada Allah s.w.t. Yakinlah apabila kita menetapkan hati mengikut perintah Allah, setiap perkataan sinis yang keluar dari mulut manusia bukanlah menjadi satu halangan yang menjatuhkan semangat kita.


Sempena Ramadhan ini, masih belum terlambat untuk kita memohon ampun atas kesilapan kita dan memulakan hidup baru untu menjadi hamba yang bersyukur dan hamba terbaik untuk Allah s.w.t.



Nasionalis 1982 : Sebelum ini, negara telah digemparkan dengan tindakan Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) masuk ke dalam Surau Al-Huda Kajang Sentral untuk memberi ‘tazkirah’ tanpa menutup aurat dan berpakaian sopan.


Terdapat sesetengah pihak telah membela tindakan Ahli DAP tersebut dengan menyiarkan gambar Datin Seri Rosmah Mansor di dalam surau dalam keadaan bertudung tetapi menampakkan jambul. Gambar itu telah dijadikan alasan untuk menutup ‘kemaluan’ dan kelemahan pihak mereka. Kita tidak boleh salahkan cara yang mereka gunakan. Mereka berhak.


Sebagai rakyat, seboleh-bolehnya kita tidak mahu ‘modal’ ini digunakan sepanjang masa oleh mereka. Jika ‘modal’ sebegini diulang tayang 1000 kali, rakyat akan mudah terpengaruh.


Jadi, tidak salah jika kita sebagai muslim yang bersaudara berdoa supaya isteri Perdana Menteri Malaysia serta wanita-wanita lain dibukakan hati mereka untuk memakai tudung.



6 comments:

ISAC said...

Kawan Sokong 100%

Anonymous said...

Saya juga menaruh harapan agar Datin Seri untuk memakai tudung bermulanya dari ramadhan, bulan yang penuh mulia ini. bukan untuk saya datin seri,tetapi untuk datin seri lebih tenang dan sentiasa dalam lindungan Allah, saya akan sentiasa doakan datinseri dan pemimpin2 yang lain, kerana kita mengucap syahadah yang sama

Anonymous said...

setuju..kita berdoa untuk saudara seagama kita ke arah kebaikan.

kita tak perlukan doa pecah perut.

dedse said...

Amin.

Anonymous said...

setuju dngn artikel ni..

siapa lagi yg perlu mengajak kepada perkara2 yg baik kalau bukan didahului oleh sesama seagama..

moga dibukakan hati.. amin..

(insyaalah kerana Allah)

myMan said...

salam..zahirkanlah kepimpinan melalui tauladan..insyallah Dia yg maha mengetahui. Ya Allah, perkenankan lah doa kami sesama saudara seIslam ..wslam