Wednesday, August 18, 2010
Cadangan kepada UMNO
Agak malang untuk parti komponen kedua terbesar BN iaitu MCA yang mana pada kali ini MCA mengalami kekalahan yang besar di kebanyakan kerusi parlimen dan negeri yang dipertandingkan. MCA hanya menang 15 kerusi daripada 40 kerusi yang dicalonkan dan kehilangan banyak kerusi DUN daripada 90 kerusi DUN yang dipertandingkan. MCA mengalami kekalahan kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan, P. Pinang dan N. Sembilan.
Memandangkan PRU13 makin hampir, ada baiknya MCA menyerahkan kembali kawasan majoriti Melayu yang ditandinginya kepada UMNO. Itu lebih baik. Aku ada persoalan…adakah BN sanggup kehilangan kerusi di kawasan Melayu walhal kebarangkalian untuk UMNO menang adalah lebih besar berbanding MCA? Muafakat ..muafakat jugak. Tapi perlulah kena work smart. Fikir juga mengenai kos melepas.
Selain itu, UMNO janganlah bolot semua kerusi. Mana-mana kawasan yang majoritinya non-malay, berilah mereka bertanding. Biar MCA berentap dengan DAP satu lawan satu. Pasti tiada yang kalah kerana orang cina tetap akan dapat hantar wakil mereka ke Parlimen.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
bayak pihak mewar-warkan cadangan ini, saya harap cadangan ini sampai kepada pm, tpm dan pemimpin umno yg lain, sapa sapa ada hubungan rapat dengan mereka tolonglah sampaikan perkara ini.
Cadangan ni bagus. Cuma ada pihak yang takut nak menyuarakan secara terbuka.
Kita pernah tengok dulu...orang tu baru keluarkan keris dan cium, dah kena sound. hehe..inikan pula nak keluarkan cadangan sebegini.
Salam.
Cantiklah tu.
Dengan sendirinya keadilan akan terserlah.
Kawasan yang majoritinya Melayu atau Bumiputra, serahkan kepada UMNO untuk berentap dengan PAS dan PKR.
Kawasan yang majoriti pengundinya terdiri dari Bukan Melayu/Bukan Bumiputra BN harus kena serah kepada MCA atau parti komponen yang lain untuk berhadapan dengan DAP.
Dengan pengagihan ini nescaya semua pihak tak akan merungut lagi, kerana "keadilan" yang dituntut akan menjadi kenyataan.
tak payah cadang2..bukannya dia orang ni nak ikut...kononnya bila dah jadi pemimpin semuanya pandai2 belaka...jom kita war2kan kalau kawasan majoriti melayu, pastikan calon melayu bertanding kalau tak umno, biar calon bebas dari perkasa ke atau ngo2 melayu yg lain..bukan apa..sapa berani bagi jaminan yg selepas menang di kawasan melayu, calon mca atau gerakan tak berpaling tadah?...tunjukkan kuasa mengundi bangsa melayu, jgn parti2 kaum lain hanya mengharap kemenangan kat kaw. kita...kaw majoriti kaum sendiri dia orang tak nak lawan bukan sebab takut kalah, tapi dah gerenti extra sit utk bangsa dia orang...
saya cadangkankan agar segala pemimpin melayu yang penakut seperti hishamudin dan khairy agar digugurkan dari senarai perjuangan. mereka ni memalukan melayu
Post a Comment