Tuesday, August 31, 2010
Kami menunggu komen Khairy Jamaluddin
Monday, August 30, 2010
Al Fatihah..semoga Allah mencucuri rahmat kepada mereka.
Dititipkan sekudus doa, semoga Allah SWT memberi rahmat kepada hambaNya yang telah menumpahkan darah dan bergadai nyawa demi tanah air tercinta Malaysia. Jasa bakti yang telah ditaburkan pasti menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia.
Semoga roh para pejuang kemerdekaan yang telah kembali ke pangkuanNya itu akan ditempatkan bersama insan-insan yang soleh.
Al Fatihah...
Nasionalis1982 : Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 53.
KITA ANAK MALAYSIA !!
Doa untuk Datin Seri Rosmah
Sebagai wanita Islam, kami percaya bahawa anda mempunyai hasrat untuk memakai tudung kepala, tetapi hasrat tersebut mungkin masih belum menjadi kenyataan hingga sekarang.
Bagaimanapun, kami sentiasa berharap dan berdoa kepada Allah supaya dibukakan hati anda untuk memakai tudung kerana bertudung dan menutup aurat adalah suatu yang wajib bagi seseorang wanita beragama Islam.
Memang benar, perubahan sebenarnya tidaklah sepayah yang kita sangkakan. Cuma perlu niat yang ikhals, ketabahan dan kesungguhan selain kebergantungan kita kepada Allah s.w.t.
Sempena Ramadhan ini, masih belum terlambat untuk kita memohon ampun atas kesilapan kita dan memulakan hidup baru untu menjadi hamba yang bersyukur dan hamba terbaik untuk Allah s.w.t.
Nasionalis 1982 : Sebelum ini, negara telah digemparkan dengan tindakan Teo Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) masuk ke dalam Surau Al-Huda Kajang Sentral untuk memberi ‘tazkirah’ tanpa menutup aurat dan berpakaian sopan.
Terdapat sesetengah pihak telah membela tindakan Ahli DAP tersebut dengan menyiarkan gambar Datin Seri Rosmah Mansor di dalam surau dalam keadaan bertudung tetapi menampakkan jambul. Gambar itu telah dijadikan alasan untuk menutup ‘kemaluan’ dan kelemahan pihak mereka. Kita tidak boleh salahkan cara yang mereka gunakan. Mereka berhak.
Sebagai rakyat, seboleh-bolehnya kita tidak mahu ‘modal’ ini digunakan sepanjang masa oleh mereka. Jika ‘modal’ sebegini diulang tayang 1000 kali, rakyat akan mudah terpengaruh.
Jadi, tidak salah jika kita sebagai muslim yang bersaudara berdoa supaya isteri Perdana Menteri Malaysia serta wanita-wanita lain dibukakan hati mereka untuk memakai tudung.
Sunday, August 29, 2010
Filem Hati Malaya 1957 : Mesti tonton malam ini !
Filem 1957 Hati Malaya bukan sekadar filem sejarah yang mencatatkan kronologi sahaja malah ia mampu menyuntik semangat patriotik di kalangan penonton.
Friday, August 27, 2010
Ternyata Indonesia semakin STRESS
Siapa yang tak marah,siapa yang tak menyampah, siapa yang tak geram selepas menyaksikan aksi beruk-beruk Indon yang berdemo di hadapan kedutaan Malaysia. Berdemo secara aman ok lagi tapi dah sampai tahap berak merata dan baling najis, itu dah LEBIH !!! . Jijik dan jelik sungguh. Ada juga manusia begitu rupanya.
Masa tengok berita demo ni ramai orang akan menyumpah-nyumpah, memaki hamun dan sumpah seranah orang Indon depan TV. Nak buat lagu mana..lagipun itu saja yang mampu kita buat. Kalau sapa-sapa ada bibik Indon kat rumah, tak tau la apa akan jadi. Pasti ada yang kena maki sampai berdesing telinga mereka. “Kenapa marah saya pak, saya tidak salah”, mungkin itu luahan hati bibik. Lantak kau lah kalau terasa hati pun. Raya nanti aku mintak la maaf balik. Tapi duit raya kamu akan dipotong, sebagai ganti rugi menampung kerosakan kedutaan Malaysia di Jakarta. Hehe.
Dalam isu ini, aku cukup menyanjung tinggi usaha Menteri Luar kita iaitu Anifah Aman dalam menangani konflik Malaysia –Indonesia. Beliau serta-merta memanggil Duta Indonesia datang ke Wisma Putera untuk beri penjelasan. Kemudian, Anifah Aman keluarkan kenyataan dengan menasihati rakyat Malaysia supaya elak daripada mengunjungi Indonesia buat masa ini. Beliau juga berkata, kerajaan Malaysia akan beri tekanan kepada pihak berkuasa Indonesia supaya ambil tindakan terhadap puak beruk yang suka berak merata tu.
Desakan Indonesia supaya Malaysia meminta maaf ditolak mentah-mentah. “KITA TIDAK AKAN MEMOHON MAAF” !! Keras, padu dan jitu. Itulah Anifah Aman. Cara dia bercakap benar-benar mewakili hati dan perasaan rakyat Malaysia. Lihat saja gaya beliau dalam sidang media. Cara beliau menjelaskan isu, penggunaan intonasi, suara dan bahasa, cukup untuk ‘mengherdik’ keangkuhan beruk-beruk Indon.
Ternyata Indonesia semakin ‘stress’. Apa yang mereka buat selama ini semacam tidak kena. Seribu macam ugutan telah dibuat terhadap kerajaan Malaysia. Putuskan hubungan diplomatik, hantar balik pelajar Malaysia, boikot barangan Malaysia, halau duta Malaysia dan lain-lain. Namun semua ternyata sia-sia.
Bila Anifah Aman keluarkan travel advisory (nasihat perjalanan) supaya jangan pergi ke Indonesia, cepat pula Indon-indon itu melatah. Melabelkan nasihat perjalanan itu sebagai provokasi dan memanaskan keadaan. Kah kah kah..baru garu ketiak, dah kata itu provokasi. Memang pengecut !!
Mana lebih provokasi. Baling taik atau beri nasihat perjalanan? Budak tadika pun tau jawab.
Bagai anjing menyalak bukit. Siapa anjing tu?
Bendera Malaysia dibakar, diludah dan dipijak. Kedutaan Malaysia pula diserbu, dirosakkan dan dibaling taik manusia. Kemudian, dengan muka tak malu mereka menuntut Malaysia menuntut maaf.
Dengar sini Indon sekalian, ini jawapan Malaysia !!
Malaysia adalah sebuah negara berdaulat dan berpendirian tegas. Jika kami berkata TIDAK akan memohon maaf, maknanya ia memang TIDAK.
Menyalak lah sepuas hati kalian seperti seekor anjing yang menyalak bukit. Kalau nak panggil balik Duta Indonesia di Malaysia, amatlah dialu-alukan. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.
Nasionalis1982 : Untuk mengetahui kisah sebenar Disebalik Insiden Penahanan Tujuh Nelayan Malaysia Oleh Pihak Berkuasa Indonesia, baca kenyataan Majlis Keselamatan Negara (MKN) DISINI.
Untuk baca kisah versi Indon (bukan sinetron) pula, baca SINI.