Ahli Parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh bermain emosi penduduk Kuantan berhubung pembinaan kilang kimia Lynas.
Dia menakutkan penduduk Kuantan atas faktor kejahilan mereka memahami kesan radiasi yg sebenarnya adalah jenis semulajadi dan langsung tidak merbahaya.
Semalam, 2 orang saintis termasuk Ahli Parlimen PAS Hulu Langat iaitu Dr Che Rosli Che Mat tampil menceritakan hal sebenar.
Untuk pengetahuan anda, Dr Che Rosli ini bukan calang-calang orang. Dia bukan ahli politik tong kosong seperti Mahfuz Omar, tapi merupakan seorang saintis nuklear.
Dalam buletin utama TV3 semalam, Dr Che Rosli 'membedil' Ahli Parlimen Kuantan, parti PAS serta Harakah berhubung kilang Lynas. Saksikan video di bawah.
Minit 2:03
"Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin."
Minit 2:35
"Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah."
Ketegasan Dr Che Rosli patut dicontohi. Dia sanggup ketepikan soal undi dan politk. Yang lebih penting adalah fakta dan kebenaran.
Apa komen Fuziah Salleh? Nak tuduh Dr Che Rosli telah 'dibeli'?
Kami pasti Fuziah Salleh tak senang duduk. Isu Lynas meruapakan nyawa politiknya. Jatuh bangun dalam PRU akan datang bergantung sepenuhnya dalam Lynas.
Mungkin kerana Lynas jugaklah, kerusi parlimen Kuantan boleh lepas dari genggaman Fuziah.
6 comments:
inilah contoh ahli politik yang patut dihormati kawan dan lawan
syabas Dr!
*ahli UMNO*
Nyawa politik Anwar bergantung LIWAT.
Nyawa politik Fuziah bergantung pada LYNAS.
Eloklah...dua-duanya orang PKR.
bukan semua yg ada dalam PAS itu penipu ..
bukan semua yg ada dalam PAS itu penipu ..
Jom kita mulakan kempen jatuhkan Fuziah...
Kuantan menjerit !!!
Undur! Undur! Fuziah undur!!
Tipu! Tipu! Fuziah tipu!!
Post a Comment