Dibawah ini adalah surat pembaca yang disiarkan oleh akhbar The Star.
Saya bekerja di Plaza Pantai, Kuala Lumpur. Setiap kali datangnya bulan Ramadhan, jarak perjalanan dari pejabat ke rumah yang hanya beberapa kilometer mengalami kesesakan yang amat teruk.
Perjalanan yang biasanya mengambil masa 10 minit boleh mengambil masa sehingga setengah jam. Ini amat mengecewakan.
Saya tidak dapat bayangkan betapa kecewanya mereka yang tinggal lebih jauh terutamanya bagi rakan-rakan Islam saya yang ingin berbuka puasa dengan keluarga tersayang.
Jadi saya ingin mencadangkan:
- Syarikat perlu menetapkan waktu bekerja berakhir pada jam 4.30 petang bagi kakitangan beragama Islam;
- Bagi yang bukan Islam, boleh mula meninggalkan pejabat selepas jam 7:00. Berilah peluang kepada rakan-rakan Islam kita pulang ke rumah tepat pada masanya untuk berbuka puasa bersama keluarga mereka;
- Bazar Ramadhan ditempatkan jaduh daripada jalan utama
- Meletakkan polis trafik bagi menjaga lalu lintas di persimpangan
Kehidupan kita sudah cukup tertekan sekarang. Dengan adanya kerjasama dari semua pihak, setidak-tidaknya kita boleh membantu mengurangkan tekanan ini.
ED SOO,
Petaling Jaya.
-Views @ The Star (4th August 2011)
2 comments:
Biasanya, yg bukan Islam akan ikut balik awal dibulan Ramadhan ni ... yg anihnya bos tak ambik tindakan pulak !!!
ni namanya ... tutup dua belah mata.
Contoh ... di Sec13 JP ... Jln 13/4 ... bangunan XXX
jam ni lagi teruk kalau ada yang kurang ajar salah guna jalan. contohnya macam di sprint highway, susur ke KL selalu jam kerana orang yang nak ke Klang stuck dgn mereka yang gunakan lorong paling kanan untuk shortcut masuk ke susur KL, last last stuck kat sana. Ini cukup kurang ajar, menyusahkan dan membahayakan pemandu lain lagi lagi bagi penunggang motorsikal... patutnya kerajaan pacak je polis sorang situ pastu saman on the spot siapa buat macam ni
Post a Comment