Tuesday, July 5, 2011

Rais Yatim derma semua wang menang saman fitnah


Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang memenangi saman fitnah beliau terhadap seorang penulis blog hari ini berharap golongan itu termasuk penulis dapat menghormati hak orang lain dengan menjauhkan diri daripada elemen fitnah.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu yang amat menghargai dan mengiktiraf badan kehakiman negara dalam menjalankan urusan keadilan mengucapkan syukur kerana keputusan mahkamah itu telah mengembalikan nama baik beliau dan keluarganya setelah difitnah.

"Sekiranya mahkamah memutuskan jumlah ganti rugi di bawah saman ini nanti, kesemuanya saya akan dermakan kepada badan kebajikan.

"Dalam saman malu, kalau nak buktikan seseorang itu, dia kena ada justifikasi, tapi dia (penulis blog itu) tak ada justifikasi, tak ada saksi, tak ada keterangan dan entah dari sumber mana dia petik.

"Saya memang sangat mengiktiraf badan kehakiman negara... saya sangat teruja untuk menyatakan hakikat ini," kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini.

Rais hari ini memenangi saman fitnah beliau terhadap seorang penulis blog berhubung artikel yang memfitnahnya yang dipaparkan dalam satu blog. - Utusan

1 comment:

TEROPONGBUKITPENINJAU said...

Semoga kejadian ini akan memberikan pengajaran kepada blogger lain yang ada hasrat nak buat fitnah. Mereka harus sanggup berdepan dengan saman di mahkamah daripada orang yang difitnahkan itu.