Setelah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan demonstrasi jalanan lebih banyak membawa keburukan kelmarin, kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor hari ini menawarkan Stadium Shah Alam sebagai lokasi untuk mengadakan perhimpunan Bersih Sabtu ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, tawaran itu dibuat sebagai menjunjung titah Tuanku Mizan Zainal Abidin yang jelas tidak memperkenankan demonstrasi jalanan diadakan oleh mana-mana pihak di negara ini.
"Saya setuju jika perhimpunan diadakan di stadium dengan syarat ia dilakukan dalam keadaan tertib, berdisiplin dan terkawal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Perumahan Mampu Milik Selangor 2011 di sini hari ini.
Tambahnya, walaupun perhimpunan itu diadakan di stadium, matlamat asal perhimpunan tersebut tetap sama iaitu untuk mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan perubahan pilihan raya yang disifatkannya lebih terbuka. - Utusan
Memandangkan MB Selangor dah offer Stadium Shah Alam sebagai lokasi BERSHIT, kami nak tanya juga kepada orang Shah Alam. Apa macam? Setuju? Bagi je la..
2 comments:
saya cadangkan peserta sebelum melalak kat stadium supaya berlatih melalak kat rumah dan dalam tandas rumah.
sejak Pakatan menang, sejak itulah kita lihat banyak harta benda jadi tempat politik. namakan saja..Stadium Melawati, Stadium Shah Alam, Stadium Kota Bharu....
Itulah 'mental'iti pembangkang Malaysia.
Post a Comment