Tuesday, July 5, 2011

Kenapa Ambiga tidak bawa sekali memorandum BERSIH ketika pergi ke Istana Negara?


Kami hairan kenapa Ambiga dibenarkan berjumpa dengan YDP Agong. Seperti yang kita tahu, Ambiga adalah kepala pertubuhan tidak sah. Sudahlah tidak sah, ada hati pula nak buat pulak perhimpunan haram.

YDP Agong dalam titahnya sendiri ada menyebut demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.' Maknanya, perhimpunan haram adalah dilarang. Jangan cuba buat kerana ia menyusahkan rakyat dan negara.

Kami tahu Ambiga bukan calang-calang orang. Dia seorang peguam. Adakah dia faham dan cuba buat-buat tak faham kenyataan YDP Agong?

Satu lagi...alang-alang dah pergi ke Istana Negara, kenapa Ambiga pergi dengan tangan kosong? Patut bawa sekali memorandum BERSIH dan serah pada YDP Agong. Habis cerita.

Ini nak panjangkan cerita lagi. Nak buat perhimpunan di
stadium pulak. Alahai...letih dibuatnya!

Wow ! Nak berhimpun dalam stadium lagi? Jangan lupa jemput kumpulan Carburator Dung buat persembahan.



4 comments:

Anonymous said...

hahaha yg terakhir tu lawak

Anonymous said...

confirm Carburator Dung serik nak nyanyi lagi 'Menjilat' depan crowd. Kang tak pasai2 kena tibai lagi. haha

Anonymous said...

sejak bile plak perhimpunan Bersih jadi pertubuhan nie... maen serbu je... cakap pakai fakta la bro,jgn ckp maen ikot y kt utusan meloya tu... nape ambiga xbawak skali memorandum BERSIH mase jmpe YDPA?? sebab kalau die anta sowg maksudnyer itu cume tuntutan Ambiga,bkn tuntutan rakyat... 9hb tu sume rakyat y hadir ikot anta memorandum BERSIH,tu baru dikatekan tuntutan rakyat... ade paham??

Nasionalis1982 said...

kalau bukan BERSIH itu bukan pertubuhan, jadi nak panggil apa? Persetubuhan? Kalau berani, daftarkan BERSIH sebagai NGO. Lagi elok daftarkan sebagai parti politik.

Kalau Ambiga sorang2 bawak memorandum, tak salah pun. Abistu apa guna dia jadi pengerusi BERSIH. Apa guna dia dia dilantik untuk mewakili lebih 60 NGO.

Itulah mentaliti BERSHIT. Konon nak tunjuk hebat di jalanan. Tuntutan rakyat apa? Rakyat mana yg sokong BERSHIT? Bagitau kami.

Orang terdesak (nak kalah)memang suka buat-buat benda pelik.