Wednesday, June 22, 2011

Undian BER-SHIT berjumlah 1,327,139 adalah tipu, dusta dan bohong ?

Bangga tak terhingga puak BER-SHIT bila lihat keputusan undian di laman portal The Star Online. Jumlah undian yang diterima adalah 1,327,139. Yang sokong BER-SHIT pula hampir 99%. Biar betul!



Portal Malaysiakini berasa amat teruja dengan keputusan berkenaan lantas keluarkan berita 'luar biasa' ini, kononya BER-SHIT dapat sokongan tidak berbelah bagi oleh rakyat.



Hari ini, pihak The Star Online buat siasatan. Adakah benar undian tersebut?

Keputusannya amat tidak dijangka, rupa-rupanya jumlah undian itu adalah tipu, dusta dan bohong! Dipercayai hampir satu juta undian datang dari satu IP yang sama !

kah kah kah kah kah !
kah kah kah kah kah !
kah kah kah kah kah !

Jom baca kenyataan The Star Online.

1.
Dalam masa kurang daripada satu hari, pengundian tersebut menarik lebih daripada satu juta undian yang menyebabkan pihak The Star Online mengesyaki bahawa keputusan sedang dimanipulasi. Sedangkan, pengundian terdahulu hanya menarik purata tidak lebih daripada 30,000 jawapan selama beberapa hari.

2.
Jumlah pelawat unik ke The Star Online adalah kira-kira 400,000 setiap hari, maka ia menambah syak wasangka pihak The Star Online bahawa terdapat manipulasi.

3.
Pemeriksaan awal log laman web menunjukkan kira-kira sejuta undian ke laman pengundian daripada hanya satu alamat IP.

4.
Bertindak atas kepercayaan bahawa keputusan pengundian telah dicemari, pihak The Star Online telah membuat keputusan untuk menutup pengundian sebelum tengah hari Selasa.

3 comments:

Anonymous said...

assalam,
mcmanala dia undi 1 juta kali tu..

Anonymous said...

masuk jalan belakang la tue ikut bos depa...

Wake UP! said...

Salam. Baguih betul cybertrooper pembangang. Satu orang undi beribu kali.