Saturday, June 25, 2011

Betul ke dia ni 'Pakar' Perlembagaan Malaysia?

Apabila seseorang itu memberi kenyataan songsang mengenai Perlembagaan Malaysia, maka dia akan dilabel sebagai 'Pakar Perlembagaan'.

Apabila seseorang itu mengatakan pihak berkuasa tidak memahami Perlembagaan, maka dia akan diangkat sebagai 'Pakar Perlembagaan'.

Dan apabila wujud lompong dalam Perlembagaan dan boleh diekspoitasi maksudnya, maka dia juga akan diberikan taraf 'Pakar Perlembagaan'.

Itulah realiti yang berlaku.


Kami sudah sedar sejak dari dulu lagi. Kami pun baca portal berita berkenaan. Ada artikel di sana kami ambil sebagai rujukan.

Dalam banyak-banyak artikel yang dikeluarkan oleh Malaysiakini, kami amat tertarik jika ianya berkaitan dengan Perlembagaan Malaysia. Individu yang diwawancara tidak lain dan tidak bukan, Aziz Bari dari UIA. Bukan sekali dua tapi dah banyak kali.

Aziz Bari memang sedap bila bercakap mengenai Perlembagaan. Ironinya, apa yang dikata boleh kita anggap sebagai songsang dan berhaluan kiri. Rata-rata menyebelahi 'tuannya'. Sebab itulah Malaysiakini suka dan menggelarnya sebagai 'Pakar Perlembagaan'.

Kami cuba cari maklumat mengenai gelaran 'Pakar Perlembagaan' di Malaysia. Pihak mana bertanggungjawab telah memberikan anugerah tersebut secara rasmi? Tiada !


Siapa yang pernah dapat? Pun tiada !

Paling best, bila kami search 'pakar perlembagaan' di google image, majoriti gambar yang keluar adalah Aziz Bari. Tak ke pelik?


No comments: