Monday, June 27, 2011

DAP fokus BERSHIT. Mereka buat-buat lupa mengenai Laporan Suruhanjaya Diraja Teoh Beng Hock?

Pada 22 Jun 2011, Suruhanjaya Diraja(RCI) yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock telah menyerahkan laporan setebal 124 halaman kepada Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara.
Berita mengenai penyerahan laporan ini turut dimuatkan dalam portal Malaysiakini. Disini, kami tabik dengan RCI kes Teoh kerana efisian dalam melaksanakan tugas. Cepat dan pantas.



Namun, apa yang berlaku sekarang amatlah luar biasa dan jarang-jarang berlaku. Adakah anda semua perasan, mengapa DAP menjadi bisu dan tidak bersuara langsung mengenai RCI Teoh Beng Hock?

Kenapa DAP senyap? Biasanya merekalah juara membela Teoh Beng Hock. Mengapa DAP tidak bersuara dan mendesak supaya laporan RCI ini didedahkan kepada umum?

Kami tak terkejut jika DAP menyalak hingga meleleh air liurnya, tapi kami amat terkejut beruk kenapa DAP tiba-tiba jadi kelu dan bisu.

Ketika RCI dijalankan, peguam SPRM telah mendedahkan rahsia besar DAP. Klik SINI.


Sekarang, DAP dilihat menyibukkan diri dengan BERSHIT. Mungkinkah BERSHIT digunakan untuk mengalih perhatian rakyat daripada RCI Teoh Beng Hock?

Segalanya mungkin!

1 comment:

melayuangkat said...

Media patut besarkan isu ini. Biar jelas siapa DAP sebenarnya.