Wednesday, June 15, 2011
Itu hari RM100juta, hari ni RM1.8juta. Senang giler jadi pembangkang.
Senang sungguh jadi pembangkang di Malaysia. Mereka petik sejumlah angka kemudian persoal tindakan kerajaan. Malaysiakini pula jadi tukang karut. Mantop !
Pertama, isu mengenai RM100 juta untuk penganjuran Hari Seniman. Lim Guan Eng petik berita dari Bernama kemudian terus mengecam kerajaan tanpa usul periksa. Main taram saja. Malaysiakini letak tajuk gila dalam portal "Bajet 1/2 tahun dihabiskan dalam satu hari". Walhal, KPKK menjelaskan Rm100 juta adalah untuk Dana Industri Kreatif dan perbelanjaan Hari Seniman 2011 tak sampai RM100,000.
Kedua, isu laman facebook Kementerian Pelancongan. Anthony Loke (DAP) kata kerajaan habiskan RM1.8 juta untuk akaun facebook sedangkan ia boleh dibuat secara percuma. Malaysiakini letak tajuk berita macam sawan babi "RM1.8juta..untuk laman facebook?".
Kami tak bodoh macam Anthony Loke. Kerajaan pun tak bodoh macam Anthony Loke. Budak sekolah pun tahu akaun facebook itu percuma. Buat apa kerajaan terhegeh-hegeh bayar RM1.8juta unntuk benda yang percuma. Apalah bodoh sangat?
Menteri Pelancongan dah beri jawapan balas pada Anthony Loke. RM1.8 juta bukan hanya setakat klik button 'sign up' akaun facebook, kemudian letak profile gambar, update status dan lain-lain. Ia lebih dari itu. Cari maklumat,penilaian, kumpul data, pembangunan kandungan, siaran iklan dalam laman Google dan Facebook. Itulah kerja yang perlu dibayar dengan amaun RM1.8 juta. Ingat murah?
Kalau Anthony Loke boleh buat secara sukarela dan percuma, be my guest!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment