Wednesday, June 30, 2010

Nisbah 1:40 akan menyedarkan Orang Melayu


Mengikut kajian Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pemuda UMNO yang disiarkan Berita Harian Isnin lalu, nisbah antara orang Melayu dan bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi baru sejak PRU 2008 sehingga bulan ini adalah satu Melayu dan 40 bukan Melayu (1:40).

Terima kasih kepada pihak yang mendedahkan angka yang cukup menggerunkan ini. Memang patut isu ini dijadikan berita muka hadapan dan ditulis besar-besar. Biar semua orang dapat baca terutamanya orang-orang Melayu yang masih belum mendaftar untuk mengundi.

DAP dengan tidak semena-mena meloncat bila dengar nisbah 1:40 ini. DAP menganggap kenyataan tersebut berbaur perkauman. Alahai DAP, sepatutnya yang cepat melatah adalah orang Melayu. Pelik…seolah-olah kamu pula yang takut dengan pendedahan ini? Kita sekarang bukan bercerita mengenai perkauman. Kita bercerita mengenai hak mengundi kepada semua rakyat Malaysia terutamanya kepada rakyat yang belum mendaftar mengundi. DAP sebenarnya takut. Mereka takut jika pendedahan ini akan membuka mata dan mencetuskan kebangkitan keseluruhan orang Melayu. Jadi mereka tuduh isu ini sebagai perkauman.

PAS macam biasa. Syok sendiri. Ikut bontot DAP. Apa yang DAP cakap semua betul. Angguk saja macam burung belatuk.

Kepada orang Melayu yang telah sedar, baru sedar dan akan sedar, elok lah. Ketahuilah hak anda sebagai seorang warganegara Malaysia. Pergilah mendaftar sebagai pengundi. Bawa semua ahli keluarga, saudara mara, rakan, jiran sekampung. Pendek kata semuanyalah. Antara tempat yang boleh kita mendaftar adalah spt berikut:

a) Ibu Pejabat SPR

b) Pejabat-Pejabat Pilihanraya Negeri

c) Pejabat Pos Berkomputer Seluruh Negara

d) Kaunter SPM Melalui Program Outreach

Tuesday, June 29, 2010

Kasihan Pak Samad..

Pak Samad yang kita kenali adalah seorang sasterawan yang hebat..seorang Sasterawan Negara.

Sekarang Pak Samad merajuk. Dia kecewa terhadap layanan yang diberikan kerajaan dalam menyediakan penempatan untuk khazanah seni beliau. Jadi Pak Samad mahu menempatkan khazanah sastera yang dimilikinya di sebuah rumah seni di New Zealand.

Jauh benar khazanah Pak Samad tu terbang. Hingga ke kepulauan Oceania. Biarlah..kalau itu yang Pak Samad mahukan.

Hari ini, Datuk Seri Dr. Rais Yatim selaku menteri bertanggungjawab telah menjawab kekecewaan Pak Samad. ‘Senang-senang jemputlah minum teh’..itu kata akhir Rais Yatim kepada Pak Samad.

Pak Samad..kasihan dengan Pak Samad. Kenapa hantar khazanah hingga ke negara orang? Kenapa tidak simpan di negara sendiri? Jika merajuk dengan kerajaan persekutuan, kerajaan DAP/PAS/PKR kan ada. Mereka tentu boleh bantu dan sediakan tempat untuk Pak Samad. Mana boleh mereka boleh lupa jasa Pak Samad yang menjadi hero. Hero menentang PPSMI. Itu adalah jasa Pak Samad. Sepatutnya mereka ke depan untuk bantu Pak Samad. Lupakah mereka kepada budi dan jasa Pak Samad?

Serangkap pantun kepada kerajaan DAP/PAS/PKR untuk renungan.

Pulau pandan jauh ke tengah,

Gunung daik bercabang tiga,

Hancur badan dikandung tanah,

Budi yang baik dikenang jua.



Isu ini turut di ulas oleh blogger TaipingMali. Baca sini.



Seloka bersama England

runi : yeyyyyyy....golllllll
lampat : pengadil kata bola tak masuk lerrr...



runi : woii... ref mangkuk.. buta ker



bekam : bola 2 kaki jauh beb dari line...
lampat : entah le... pasrah jelahhh



Monday, June 28, 2010

Sunday, June 27, 2010

Pemimpin Melayu bergeseran di Twitter


Malu..malu…malu baca statement mereka di akhbar. Orang itu mengata, kemudian orang itu pula menjawab. Lepas menjawab, mengata pula. Saling balas membalas. Sudah lah mereka ini orang Melayu.

Media suka bukan main. Cerita panas ni boleh jual dan buat untung. Paling bahaya kalau ada media berhaluan kiri yang memutarbelitkan cerita. Kemudian ada pihak yang menangguk di air keruh. Yang untung siapa? Yang rugi pasti Mel
ayu jugak.

Sekarang dah meleret dalam twitter pulak. Tolonglah…jangan bersikap kebudak-budakan. Kamu berjuang demi siapa? Walaupun demi 1Malaysia, tapi perkara terasnya adalah Perlembagaan Malaysia iaitu a
gama Islam dan bangsa Melayu itu sendiri. Kuat bangsa kuatlah negara.


KJ, please stop this madness. Tolong jangan keluarkan kenyataan di twitter mengenai pergeseran anda dengan YB Ibrahim Ali. Kamu adalah pemimpin. Perlu tunjuk contoh yang baik kepada anak bangsa. Jangan sampai tindakan kamu merugikan bangsa dan agama sendiri.


Saturday, June 26, 2010

Mesej kepada GMJ aka Gerakan Rakyat Bantah Judi


Kerajaan dah buat keputusan tidak akan mengeluarkan lesen judi bola kepada Ascot Sport.

Alhamdulillah…syukur. Terima kasih DS Najib kerana mendengar keluhan hati rakyat. Terbukti suara rakyat itu adalah suara keramat. Jadi bolehlah kita tutup buku mengenai isu judi bola ni. Yang baik jadikan tauladan, dan yang buruk jadikan sempadan.


Tapi ada satu puak yang perasan bagus iaitu GMJ a.k.a. Gerakan Rakyat Bantah Judi. Sebelum ini mereka merancang untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 3 Julai untuk membantah pemberian lesen judi. Sambil berhimpun mereka akan baring atas jalan. Itu stigma. Tak boleh nak ubah.


Ekoran daripada keputusan kerajaan batalkan lesen judi, maka GMJ pun secara tak malunya mengubah plan. Daripada perhimpunan membantah kepada perhimpunan sambutan meraikan kemenangan. Kononnya lah.


GMJ jangan perasan bagus. Rakyat tahu siapa di belakang GMJ. Janganlah hipokrit. Pergilah buat perhimpunan membantah judi, nombor ekor, arak dan pelacuran di negeri pakatan rakyat dahulu. Dan jika kempen kamu itu sukses, barulah buat sambutan meraikan kemenangan. Itu barulah perjuangan sebenar dan sejati. Buktikan kepada rakyat bahawa gerakan kamu bukan ditubuh atas dasar politik dan undi semata-mata.


Kepada GMJ, berjuanglah atas landasan iman yang sebenar. Jangan bersikap double standard. Rakyat memerhati.