Wednesday, December 8, 2010

Rumah DS Khir Toyo bawa nasib malang?


SHAH ALAM – Apakah ada kaitan sesebuah rumah dengan nasib seseorang? Dalam kes kedudukan rumah banglo milik bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo yang lokasinya terletak di hujung jalan mati, sekurang-kurangnya ada pakar Feng Shui percaya ia boleh menyebabkan nasib malang sehingga dua generasi.

Menurut seorang pakar Feng Shui, Joe Choo, terdapat masalah aliran medan tenaga magnetik di kawasan jalan mati menyebabkan pemilik sesebuah rumah mengalami pemikiran bercelaru dan gagal membuat keputusan yang baik.

“Kedudukan rumah di hujung jalan mati menyebabkan tiada aliran tenaga. Ia ibarat sebuah kenderaan yang hanya boleh membuat pusingan U.

“Ia membawa makna orang yang tinggal di rumah tersebut berada dalam keadaan tidak tentu arah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Nasionalis1982: Dalam kes DS Khir Toyo, penjual membeli dengan harga RM6.5 juta kemudian menjualkannya kepada beliau dengan harga RM3.5 juta. Adakah kerana kedudukan dan lokasi rumah tersebut menjadi salah satu sebab kenapa harganya boleh jatuh mendadak? Baca sini dan sini.

Sebagai orang islam, kepercayaan bahawa lokasi rumah boleh membawa nasib malang adalah amalan khurafat.Sekian.


1 comment:

Azizan Yaakob said...

blog sdr telah dilinkkan ke http://suaramajlis.blogspot.com muka halaman kepada melayurayadaily. Jika ada ruang mohon budibicara sdr dilinkan diblog sdr TQ.