Sunday, December 5, 2010

Harga Petrol : Ismail Sabri "menjangkakan tiada kenaikan" tapi...


Saya tak marah kalau kerajaan naikkan harga petrol. Saya tahu kerajaan ada adalah alasan yang munasabah untuk berbuat demikian. Mujurlah harga minyak RON95 yang dinaikkan cuma RM0.05 sen seliter. Bukannya RM0.50 atau RM0.70 seliter.

Siapa yang rasa marah sangat dengan kerajaan, marahlah. Kalau nak tukar kerajaan kerana kenaikan harga minyak, terpulang. Pilihanraya akan datang, kuasa dan undi di tangan anda. Dah banyak kerajaan di negara lain roboh akibat keputusan menaikkan harga keperluan rakyat terutamanya petrol.

Walaupun saya 'tak marah sangat' bila kerajaan naikkan harga minyak RON95, tapi dalam hati ni terimpan rasa meluat dan menyampah. Kerana apa? Kerana saya rasa tertipu dengan kenyataan seorang pak menteri bernama DS Ismail Sabri.

Ketika kerajaan menaikkan harga petrol RON97 pada 1hb Disember 2010, beliau berkata...

"Rakyat tidak perlu rasa panik kerana lebih 90% penggunaan minyak di negara ini menggunakan RON95 selain menjangkakakan tidak ada kenaikan sehingga penghujung tahun ini"

Pak menteri menyebut TIDAK ADA KENAIKAN SEHINGGA PENHUJUNG TAHUN INI yakni pada tahun 2010. Rakyat punyalah lega dan gembira. Tup tup..pada 3hb Disember, kelegaan rakyat diragut. RON95 naik RM0.05 kepada RM1.90 seliter. Terus rakyat jadi bingung dan terpinga-pinga. Aikkk...apa ni??? Hari tu cakap lain.

Tidak mengapalah. Nak menyampah lebih pun dah tak guna. Keputusan dah dibuat.

Lagi satu saya nak minta tolong pada pak menteri. Kalau nak buat sesuatu pengumuman kepada rakyat, tolonglah jangan guna perkataan MENJANGKAKAN. Ia beri maksud yang tak pasti. 50-50 chances. Alih-alih sekarang ni, rakyat dah tak boleh percaya sangat cakap menteri.

Percayalah..setiap patah ayat yang terucap dari mulut seorang menteri memberi harapan yang besar kepada rakyat seperti saya. Belajarlah dari kesilapan lalu.

Terlajak perahu boleh diundur, walaupun perahu itu tiada gear gostan. Tapi jika terlajak kata buruk padahnya. Fikir-fikirkan dan selamat beramal.

4 comments:

Anonymous said...

setuju.

Menteri kalau nak cakap, jangan main taram saja. Jangan ingat rakyat bodoh.

Anonymous said...

Ckp orang politik memang mcm ni.its their nature.

Orang Sentul said...

akhirnya, Ismail Sabri akan malu sendiri..haha..

Anonymous said...

BELUM SAMPAI HUJUNG TAHUN LAGI NI..
AWAL TAHUN DEPAN MACAMANA?
BERDIRI ATAS PAGAR LAGI LA JAWABNYA