Thursday, December 2, 2010

Kelantan bakal dapat MB baru ???


Nik aziz cakap dia sudah ready untuk terima Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan persekutuan.

Nik Aziz...Nik Aziz...

Kalau setakat cakap kosong, saya pun boleh. Budak tadika pun boleh.

Kita tak perlu pergi jauh sehingga ke Putrajaya. Tak perlu cakap sehingga jawatan TPM. Apa kata Nik Aziz buktikan kata-kata dia terlebih dahulu. Cukuplah sekadar jawatan di dalam kerajaan negeri Kelantan itu sendiri.

Saya cadangkan kepada Nik Aziz agar dalam pilihanraya akan datang, tawarkan satu kerusi DUN dalam negeri Kelantan kepada Lim Kit Siang untuk bertanding. Kalau Nik Aziz bermurah hati, bagi saja kerusi DUN Chempaka yang disandang oleh beliau tu.

Jika Lim Kit Siang menang, jangan tunggu lama-lama. Sebelum ayam peliharaan Nik Aziz berkokok pada waktu subuh, terus saja lantik Lim Kit Siang sebagai Menteri Besar Kelantan.

Oh ya..perlantikan Lim Kit Siang tidak pun bercanggah pun dengan syarat yang termaktub dalam dasar kebangsaan negara dan Islam. Tak pun menyebut Nik Aziz adalah MB Kelantan selagi ada bulan dan bintang. Siapa-siapa pun boleh. Inikan demokrasi. Take beer !!

Ini kali, baru lah orang lain akan respect sama Nik Aziz. Bukan hanya cakap kosong dan omong kosong.

Apa macam...Lim Kit Siang sebagai MB Kelantan ?? Mau ka ??

10 comments:

Anonymous said...

kalau ia berlaku, husam yang kusam akan keluar dari pas...hehe

C L J said...

Tak apa kalau Nicky sayang lagi dengan kerusi empok yang hangat membakar itu; bagilah kerusi Timb MB dahlah kepada LKS atau Karpal.

Ops... LKS atau Karpal mana nak jadi timbalan. Tak apa bagi kat Gobala atau Nga Kor Meng yang dah pandai mendikirkan ayat ayat Quraan tertentu itu.

Bagilah .....

Anonymous said...

apa kata bagi kerusi MB kelantan pada sivakumar...penyakit moroyan dia masih belum sembuh lagi tu...hahaha

matjeng said...

kalau Pok Nik ikhlas, lantik LKS jadi Timbalan MB Kelantan pun kira OK jugak.. tunjukkan bukti terbukanya PAS dengan bukan Melayu dalam tadbir urus negeri...

Anonymous said...

LKS jadi calon di Kelantan PRU13 ni dan kita mai tengok PAS akan lantik tak LKS menteri besar atau timbalan MB kalau ini berlaku aku kira sokong TPM kepada kaum lain...

Anonymous said...

tpm melayu umno punya.satelit cukong india punya.7 gunung genting cukong cina punya.orang melayu duduk tepi longkang tengok saja..pinang dapat kt cina maju.kl dapat kt cina maju.kawasan mp melayu umno lu tengok la sendiri..

Anonymous said...

BTOL..SOKONG 110%!..TU PON KLU WALLY SLIPOR MEMPUNYAI SEPASANG TELOR YG MASIH SEGAR LAGI LAAA KEHKEHKEH >|D

Anonymous said...

NIK AZIZ NI BAPAK SEGALA PERPECAHAN,BAPAK SEGALA INSAN YANG GILAKAN KUASA, DULU KATA MAHATHIR YG LAMA PEGANG JAWATAN PM,SKRG NI MACAMANA, LU DUDUK LAMA KAT KERUSI EMPUK TU SAYANG NAK LEPAS KE.....NAK TUNGGU SAMPAI KUBUR PANGGIL KE?SEMAKIN DOK LAMA SEMAKIN MENYESAT ORG,SEMAKIN CELARUKAN ORG MELAYU...LU PERGI BERAMBUSLAH DARI KERUSI ITU DEMI MARUAH AGAMA DAN BANGSA....LU TIADA SEKUMAN PUN PERANAN DALAM MENYATUKAN MELAYU..LU PENGKHIANAT,LU JAHAT.....DAN LU SUDAH NYANYUK....PERCAYALAH KALU LU BERUNDUR PUN LU SUDAH SENANG,HARTA SUDAH BANYAK,WANG SUDAH BANYAK SEPULUH GENERASI MAKAN PUN TAK HABIS...HABIS TU TUNGGU APA LAGI...NAK TUNGGU SAMPAI UMNO HANCUR,SAMPAI MELAYU HANCUR DAN JADI HAMBA BARU LU NAK BERUNDUR.......LU PIKIRLA SENDIRI

said said...

Saya BUKAN peminat pemimpin politik. Baik PAS, PKR atau UMNO. Penulis ini mempersendakan agama dgn menggunakan perkataan "take beer". Siapa lah penulis ini dalam bidang politik tanahair jika dibandingkan dgn Ust Nik Aziz. Baik juga jika dapat menilai diri .................

Bentaraguru said...

Sudah 20 tahun Nik Aziz memerintah Kelantan, kononnya berdasarkan Islam, tetapi tidak kepada al-Din. Maruahnya tercalar akibat menerima arahan pihak lain, tetapi ramai tidak tahu cerita ini. Sebelum ini bila pas cadang kaum china dilantik TPM ?. Orang pas mesti faham.
Dalam pelaksanaan dasar Islam, pertama ada kecenderungan kerajaan menjadikan kerja sebagai satu ibadah, bukan sekadar pertanian sebagai ibadah. Untuk mencapai cita-cita itu, wakil-wakil rakyat Nik Aziz mesti faham yang berhubungkait dengan kemajuan Islam, kalau sekadar baca kitab sahaja tentunya tidak memadai, kerana Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad mencakupi kebahagiaan dunia dan akhirat. Serahlah kepada yang arif mentadbir untuk dunia dan akhirat. Bermuhasabahlah diri masing-masing.