Thursday, December 2, 2010

Kekalahan Malaysia : Ia pahit seperti hempedu



Jika anda menonton perlawanan bolasepak antara Malaysia dan Indonesia malam tadi, pasti anda akan rasa apa yang saya rasa. Sungguh mengecewakan. Maruah kita begitu mudah dicarik-carik di bumi Indonesia.

Kita nak salahkan siapa? Salahkan padang? Salahkan penonton? Salahkan takdir kerana ramai pemain utama cedera?

Saya tak perlu menjadi jurulatih profesional untuk mengkritik corak permainan dan taktikal bolasepak Malaysia. 3 gol yang diperolehi oleh pasukan Indonesia amat mudah. Pertahanan kita buat kesilapan bodoh. Senang sangat hilang bola bila diberi tekanan. Bila pemain Indonesia datang menghampiri, pemain pertahanan nampak kalut dan gelabah nak control bola. Akhirnya bola terlepas begitu saja dan pemain Indonesia dapat mengambil kesempatan untuk buat serangan balas dan menjaringkan gol.

Kita dah kalah dengan Indonesia. Menanti di hadapan adalah Thailand dan Laos. Pilihan yang ada sekarang adalah menang kedua-dua perlawanan atau bakal pulang awal. Bersedialah dengan kritikan peminat, pemerhati dan media.

7 comments:

Anonymous said...

den tak do selero nak cakap pasal bola hari ni..hehe..paneh hati den masih belum hilang

Ms Pearl said...

i prefer hockey than soker :D

Anonymous said...

Saya heran coach boleh pilih pemain-pemain pertahanan yg bagi saya setakat boleh main untuk kelab. Tiga dari 5 gol adalah kebodohan Asarudin (player no. 4). Pemain macam ni tak patut diberi peluang wakil malaysia, memalukan.

Kita tak boleh bagi alasan pemain muda perlu pengalaman. Main kat kelab dan harimau muda bertahun2 tu bukan pengalaman ke? Dah dia tak reti main, bagilah pengalaman 10 tahun pun, memang tak reti. takdak skil, takleh kontrol bola, mudah panik, hantar bola kat lawan....

10 minit pertama pun dah nampak budak Asarudin ni akan bawa malapetaka kat pasukan, tapi coach tak nampak. Kesian kat Shahrul Idlan, Syafiq, Kuna dan beberapa players lain yg main begitu baik sekali... patut kena luku budak Asarudin ni.

Anonymous said...

setuju dengan anon 10:20AM.

player malaysia yang lain main sungguh-sungguh. tapi ada pulak yang buat onar. habis rosak permainan malaysia.

peminat berhak untuk rasa kecewa. bukan kerana pemain kita tak boleh main. boleh sebenarnya tapi itu lah. banyak buat kesilapan budak sekolah.

kita dah tak boleh nak gah lagi dengan gelaran juara sukan sea.

Anonymous said...

setuju asranudin patut dikeluarkan dari skuad malaysia..sejak dari sukan asia lagi pemain ini bermain mcm xda otak!!! rajagopal harus bertanggungjawab sepenuhnya!! jgn sibuk bg alasan pengalaman!! barisan pertahanan perlu dirombak!!

Anonymous said...

standard la pemain malaysia...taraf hero kg dusun jer.
pegawai pun sama..belagak macam dialah yang tau segalanya.
anak sapa asarudin nih?
siapa yang buat cadangan pilih dia nih..
kalo masa turun padang terasa diri hebat macam pemain terbaik dunia ini la jadinya..
lagak saja lebih..
sepak jer dia keluar...

adf55650 said...

Lain kali, pasukan pilihan Malaysia tu kene masuk pertandingan MSSM dulu sebelum dihantar ke luar negara.
Bagi mereka lawan peringkat sekolah rendah dulu kemudian baru lawan sekolah menengah. Belu tentu lepas lagi.