Monday, August 17, 2009

Kata-katamu lebih tajam dari mata pedang...

Petikan dari berita mStar Online (klik sini)

Beliau yang mengetuai Parti Islam (konon????) menggunakan lidahnya untuk mengeluarkan kata-kata berikut...

"Anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin"....

"Terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota Umno"....

"Islam bawah Umno tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga".

Penulis seperti tidak berselera, muak dan jemu untuk memberi komen panjang mengenai kata-kata di atas. Cukuplah sekadar dengan beberapa ayat di bawah....

"Sesungguhnya orang Muslim itu adalah bersaudara kerana ini damaikanlah antara keduanya saudara kamu dan bertakwalah kepada Allah semoga kamu mendapat rahmat-Nya.

"Wahai orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan ulil amri, kemudian jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. surah an-Nisa' ayat 59

Menurut ulama Salaf as-Soleh yang bersandarkan kepada dalil-dalil syara, bahawa orang yang suka menghukum masuk neraka dan mengkafirkan pemerintah, mengkafirkan penyokong pemerintah tersebut dan mengkafirkan orang-orang yang melakukan dosa besar, kerana mereka (yang mudah mengkafirkan seperti itu) adalah golongan Khawarij dan Muktazilah.

“Jangan kamu memaki hamun para pemimpin kamu, janganlah kamu dengki kepada mereka dan janganlah kamu membenci para pemimpin kamu. Bertakwalah kamu kepada Allah dan bersabarlah, sesungguhnya perkaranya (bertakwa dan bersabar) adalah dekat.” – Hadith diriwayatkan oleh Ibn Abi ‘Asim. Disohihkan oleh Nasruddin al-Albani.

Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan baginda adalah keras terhadap orang-orang kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka (Muslim)…(al-Fath; 29)

Sesungguhnya syaitan itu hendak menimbulkan permusuhan di antara kamu… (al-Maidah: 9).

Rasulullah telah menjelaskan tanda tanda khawarij :"Mereka suka membunuh (menghancurkan) Ahli Islam (terutama pemimpin yang tidak berhukum dengan hukum Allah dan pengikutnya) tetapi mereka membiarkan ahli berhala (orang orang yang benar benar jelas kekafirannya)" - Hadith Riwayat Bukhari, Muslim

Harapan Penulis...

Penulis mengharapkan supaya beliau ingat kembali apa yang telah diminta oleh DS Najib di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini ketika Perdana Menteri dalam rangka lawatan kerja ke Kelantan.

DS Najib meminta beliau menjaga perasaan orang UMNO dan tidak mengeluarkan perkataan yang boleh menyinggung mana-mana pihak jika ingin mewujudkan kerjasama yang baik antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Dan ini jawapannya "beliau sedia menerima saranan Perdana Manteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menjaga perasaan dan sensitiviti ahli UMNO dalam mengeluarkan kenyataannya sehingga menyinggung pihak tertentu". (klik sini)

Semoga ALLAH SWT bersama-sama dengan orang yang benar...Amin.

6 comments:

hilbert said...

Salam 1Malaysia bro,

Saya semakin benganglah dengan orang tua tak sedar diri seperti Nik Aziz ni...semakin tua semakin menjadi pula ego dia.

Apa Nik Aziz ini telah menganggap diri dia sudah setaraf dengan para nabi ke???

Berani saya katakan bro, Nik Aziz inilah jenis manusia yang menghuru-harakan perpaduan ummah..percayalah.

Berjuta-juta umat Islam di negara itu, tetapi satu orangpun tidak berani mendesak kerajaan supaya Nik Aziz dikenakan tindakan dibawah ISA...cuba fikirkan..apa bezanya Nik Aziz dengan Ayah Pin, Abuyya, Al-Maunah...cari perbezaan diantara mereka dan carikan juga persamaan diantara mereka...

QasehNuryz said...

Nik aziz harus BERTAUBAT! (petik kata-kata Kepal Sing)

Anonymous said...

tgna sudah jauh hanyut,,,serta lupa daratan,,,pemikirannya sudah dibelenggu aura syaitan,,,pertuturannya semakin menjurus kepada kewarasan yg semakin terhakis,,,tgna perlu ditarbiah semula agar kembali ke landasan yg benar,,,semoga Allah mendatangkan cahaya keinsafan ke atas tgna,,,InsyaAllah

eXception said...

artikel yang menarik... teruskan menulis...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

ntah laaa..... said...

gua setuju dgn TPM dlm NTV7 semalam , serahkan pada ahli agama utk tentukan krn ia ada kaitan dgn masalaah AQIDAH... so buat la debat terbuka utk saksikan kebenaran...

YANG GAMBI said...

Salam,

Nik Aziz merasakan bahawa dia telah dinobatkan sebagai ahli syurga....
sebab itu dia bebas mengkafirkan orang Islam lain...