Sunday, August 16, 2009

1Malaysia Itu Umpama Sebuah Blok Konkrit



Secara ringkasnya, 1Malaysia bertujuan mendidik rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini akan kepentingan bersatu kerana itulah kekuatan yang boleh membawa Malaysia lebih jauh di pentas dunia.

Dengan kata lain, 1Malaysia juga bertujuan mewujudkan keadilan kepada semua berdasarkan realiti politik di negara ini dengan setiap kaum ada hak dan kedudukan yang tertentu.

1Malaysia sudah lama wujud terutama dalam kalangan pemimpin utama dahulu seperti Tunku Abdul Rahman, Tun V.T. Sambanthan dan Tun Tan Cheng Lock. Individu-individu yang tersenarai itu mewakili bangsanya sendiri yang secara tidak langsung telah berjaya mewujudkan bangsa Malaysia.

Negara ini tidak diduduki oleh satu kaum sahaja. Terdapat tiga kaum utama yang mewujudkan bangsa Malaysia termasuklah Melayu, Cina dan India (termasuklah pelbagai etnik/kaum di negeri Sabah dan Sarawak).


Mengapa 1Malaysia Diibaratkan Sebagai Blok Konkrit?

Seperti yang kita ketahui, untuk membina satu blok konkrit yang kuat/teguh memerlukan satu ramuan atau acuan yang secukupnya. Terdapat empat bahan asas dalam membina blok konkrit ini iaitu simen, batu, pasir serta air.




Penulis mengandaikan proses membina konkrit ini umpama membina konsep 1Malaysia. Bahan-bahan bagi membina konkrit tersebut akan mewakili setiap kaum di Malaysia. Secara mudahnya simen itu Melayu, batu itu Cina dan pasir itu India. Ketiga-tiga bahan ini akan dicampur-adukkan di dalam satu bekas (dianggap sebagai negara atau tanah air) bagi menjadi acuan simen yang cukup adunannya.





Bagi mereka yang berfikiran singkat, adunan itu mungkin dianggap sudah memadai untuk membina sebuah konkrit. Tapi mereka lupa bahawa terdapat satu lagi bahan penting yang amat diperlukan iaitu air. Air inilah yang menjadi medium dalam mengukuhkan antara simen, batu dan juga pasir. Dalam konteks negara, penulis menganggap air itu sebagai simbol perpaduan dan integrasi nasional.


Tanpa perpaduan dan integrasi, adakah Melayu, Cina dan India mampu menjadi sebuah blok konkrit yang kuat dan seterusnya mampu menghadapi cabaran pada masa hadapan?

Kesimpulannya mudah. Jika simen, batu dan pasir ini masih gagal diadunkan dengan air maka blok konkrit yang dibina akan mudah runtuh. Sebagaimana runtuhnya sesebuah bangunan maka seperti itulah runtuhnya sebuah negara dan tamadun.....

2 comments:

Anakbukitgantang said...

satu malaysia satu blok konkrit atau lebih kepada hiasan jubin 3 warna?politik masakini dan kebangkitan DAP memberi nafas baru kepada racially polarised politics based on etnic group aka chinese "kiasu"sm

btw gambar air dlm tangan amat menarik minat saya, saya pinjam yer?

www.anakbukitgantang.blogspot.com

izdar said...

setuju sangat!!