Friday, May 14, 2010

Gambar - Terbaik dari Sibu !




(sekali pandang macam Mr Os kat atas ni)







Wednesday, May 12, 2010

Piala Thomas : Malaysia vs Denmark - Langsung!



Saksikan pertarungan antara Malaysia dan Denmark secara live.
Klik sini !

Piala Thomas : Malaysia vs Denmark LIVE!


Saksikan pertarungan antara Malaysia dan Denmark secara live.
Klik
sini !

Tuesday, May 11, 2010

Ayam pun 'pakai baju' di Sibu..


Peniaga-peniaga ayam, itik dan angsa di Sibu mempunyai cara unik memasarkan ternakan tersebut.

Jika selama ini kita melihat haiwan itu diletakkan dalam sangkar plastik di pasar-pasar, di Sibu haiwan itu dibungkus dengan kertas surat khabar seekor-seekor dan diikat.

Keunikan ini dapat dilihat di Pasar Awam bandar Sibu setiap hari apabila lebih 20 penjual ternakan itu memasarkan ayam, itik atau angsa dengan cara itu.

Selepas dibungkus dengan surat khabar, ternakan itu disusun rapi di atas meja jualan di pasar berkenaan.

Ada juga memanggilnya sebagai ‘ayam berbaju’.

Seandainya tidak biasa, pengunjung luar tidak perasan ternakan itu dijual di pasar tersebut kerana tidak dengar bunyi kokokan haiwan tersebut.

Malah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri turut tertarik dengan keunikan cara peniaga-peniaga memasarkan haiwan itu.

Seorang peniaga memberitahu, mereka berbuat demikian bagi memudahkan pembeli terutama pemilik restoran sekitar Sibu. -sumber Agenda Daily

Monday, May 10, 2010

Saturday, May 8, 2010

Chelsea or Manchester United?


Ancelotti : Winning is everything !


Ferguson : "I have confidence that Wigan will do their best and they will try"

And who will be the champions ?



or



Friday, May 7, 2010

Saifuddin buat lawak..memang terbaik!!



Seramai 20 ahli NGO yang menganggotai Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) telah berkumpul di hadapan ibu pejabat PKR semalam bagi membantah kenyataan penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim berhubung titah Sultan Selangor.

Bukan 200 atau 2,000 atau 20,000 orang. Cuma 20 orang sahaja. Jadi tak perlulah rasa takut. Lagipun bukankah PKR telah lama mendidik dan mengajar rakyat untuk berdemo dan berhimpun secara haram. Tahniah kepada anda kerana berjaya membentuk budaya ini. Jadi bila rakyat buat demo di jalanan bagi meluahkan perasaan, jangan pulak marah. Nanti orang kata ludah ke langit, terkena pada muka sendiri. Padan muka!

Terima kasih pada Saifuddin Nasution selaku setiausaha agung PKR kerana menghormati hak rakyat bersuara dan berhimpun secara aman. Bagaimanapun, beliau berkata tindakan kumpulan tersebut adalah biadap dan mengeluarkan kata-kata kesat dan beraksi lucah, bukan sahaja bersifat provokatif tetapi tidak termasuk dalam lunas prinsip bersuara dan berhimpun secara aman. Malah, Saifuddin berkata, ia boleh mencetuskan kacau bilau ketenteraman awam. (klik sini)

kah kah kah kah kah...gelak sampai putus urat geli

Kah kah kah kah kah kah kah kah kah…provokatif? Beraksi lucah? Kah kah kah kah …Kacau bilau? Kah kah kah..ketenteraman awam? Kah kah kah kah kah kah kah. Biadap? Kah kah kah kah…jom layan gambar kat bawah ni.....lu pikirlah sendiriiiiii
















Adakah abang yang mengangkat gambar Anwar ini telah bertaubat dan insaf?

Thursday, May 6, 2010

Kenyataan media oleh saksi utama jadi mainan !


Apabila ada pihak sudah berani untuk membandingkan kenyataan saksi dalam sidang media dengan kenyataan polis, bukankah itu provokasi namanya? Dan secara tidak langsung juga, bukankah ia seperti merendah-rendahkan keupayaan dan reputasi pasukan polis? Lebih teruk lagi, kenyataan saksi dalam sidang media dimanipulasikan sebaik-baiknya oleh pihak tertentu bagi menjatuhkan kredibiliti polis.


Come on lah…boleh percaya ke sidang media yang dibuat oleh saksi sesuatu kes? Biasanya orang yang terdesak saja yang panggil wartawan untuk membersihkan diri. Kononya mereka lebih betul. Walhal mereka sudah mendahului kerja polis.


Strategi buat sidang media ni sebijik macam Anwar Ibrahim. Dia suka sangat panggil wartawan dan buat sidang media. Buat cerita gempak sampai terlopong semua orang mendengarnya.


Dan sekarang, saksi utama kes kematian remaja 14 tahun, Aminulrasyid Amzah iaitu Azamudin Omar pula sudah buat kenyataan dalam sidang media. Malaysiakini pun apa lagi…ambil kesempatan untuk membandingkan kenyataan media beliau dengan kenyataan polis. Sekarang timbul pertikaian, mana satu kenyataan yang betul dan mana satu yang salah.



Aku minta saksi utama iaitu Azamudin berhenti daripada membuat kenyataan dalam sidang media. Biar polis buat kerja. Jangan peningkan kepala rakyat. Aku tahu puak pakatan memang suka mainkan isu ini. Kononnya, kenyataan dalam sidang media lebih ‘benar dan maksum’. Mereka akan terus mainkan sentimen fikiran rakyat. Ajak rakyat agar lebih percaya kepada kenyataan sidang media berbanding kenyataan polis.


Tuan tuan, stigma sebegini bukanlah kali pertama berlaku. Masakan kita boleh lupa, dulu mereka menganggap kenyataan bersumpah LEBIH SAHIH daripada sumpah muhabalah di dalam masjid.


Wednesday, May 5, 2010

Sekarang siapa yang politikkan siapa?

Tengok sajalah gambar di bawah ni. Malas nak tulis panjang-panjang. Biar gambar sahaja yang berbicara. Sebenarnya hati aku masih keliru. Keliru dengan statement "tolong jangan politikkan kematian Aminulrasyid". Tapi sekarang...ahhh macam 'dijemput' pula. Maaflah tuan tuan dan puan puan...dulu aku rasa simpati...sekarang dah timbul rasa meluat pulak.


Monday, May 3, 2010

Steven Gerrard bakal disiasat SPRM


LONDON – Chelsea hanya sejengkal lagi untuk menjulang kejuaraan bola sepak Liga Perdana England selepas kesilapan buruk kapten Liverpool, Steven Gerrard membantu pendahulu liga itu menang 2-0 di Anfield, semalam.

Dalam perlawanan di Anfield semalam, jaringan pembukaan Chelsea dibantu oleh kecuaian Gerrard ketika melakukan hantaran ke belakang kepada penjaga gol, Pepe Reina.

Sepakan lemahnya berjaya dipintas Didier Drogba untuk meletakkan pasukan pelawat di depan.

Penyokong Liverpool dilihat riuh rendah dan seakan-akan merelakan kekalahan pasukan mereka, asalkan ia dapat menghalang musuh ketat, United daripada menjulang kejuaraan.

Pemain-pemain Rafael Benitez pula dilihat tidak bermain sepenuh hati meskipun mendominasi awal permainan, namun apa mungkin menambahkan rasa bengang United adalah kecuaian Gerrard yang membolehkan Chelsea mendahului pada minit ke-33.

Sudahlah tidak banyak membantu bahagian tengah pasukannya memberi tekanan kepada lawan, Gerrard sebaliknya seolah-olah menjaringkan gol sendiri dengan hantaran belakang yang lemah.

Jaringan tersebut menaikkan semangat skuad bimbingan Ancelotti, yang mengawal permainan di babak kedua dan mengukuhkan kedudukan hasil rembatan Lampard pada minit ke-54 selepas menerima hantaran rendah Nicolas Anelka. – AFP

Sunday, May 2, 2010

Malam ini !!


Percaya atau tidak..

Segelintir penyokong Liverpool mengakui lebih rela melihat pasukan mereka tewas kepada Chelsea, daripada menyaksikan United menggondol kejuaraan ke-19 !! - AFP


Friday, April 30, 2010

Berpada-padalah kita, jangan sampai polis merajuk...



Kalau nak komen fasal kes remaja 14 tahun yang ditembak oleh polis tu boleh. Siapa pun tak kisah. Cuma jangan terlalu emosional hingga melukakan hati mereka. Polis yang terlibat dalam kes tu mungkin seorang dua dan jaminan pun dah diberi oleh KPN bahawa jika didapati bersalah mereka akan diambil tindakan.

Masalahnya sekarang adalah isu ni dah terpalit kepada semua warga PDRM. Jangan sampai satu ketika, kita yang nampak polis terus terfikir “polis ni bawak pistol..silap-silap dia akan tembak aku”. Yang dewasa mungkin boleh berfikir secara rasional lagi. Kalau budak-budak macam mana? Diam tak diam, pemikiran mereka mungkin dah tertanam yang polis jahat dan suka tembak orang.

Ahh..lupakah kita yang polis itu kan manusia juga. Yang sanggup bergadai nyawa mempertahankan ketenteraman awam, menjaga jalan, menjaga kawasan perumahan.

Berpada-pada bila mengulas isu sensitif ni. Janganlah pula sampai polis merajuk…

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membidas kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzah dan berkata beliau sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat.

"Biarlah apa yang nak dikatakan oleh ahli politik, tapi saya ingin tahu sama ada anda mahu kami menguatkuasakan undang-udnang atau tidak.

"Kalau tak nak, saya akan beritahu orang saya supaya tidak lagi menahan kereta yang dipandu dengan cara mencurigakan atau mengambil tindakan terhadap pelumba haram yang bermaharajalela di jalan raya," katanya dalam laporan The Star online.

Thursday, April 29, 2010

Khairy dan Ezam...





Semua pihak dah tahu bahawa Saudara Ezam akan dilantik menjadi Senator Dewan Negara. Semua pihak pun tahu akan asal usul dan sejarah perjuangan Saudara Ezam . Anak jati Selangor yang genap usia 43 tahun Sabtu lalu ibarat sireh pulang ke gagang apabila kembali bersama UMNO pada 28 Mei 2008.

Apa yg nak aku bangkitkan di sini adalah antara Khairy Jamaluddin dan Ezam Mohd Noor. Walau apa pun orang kata, aku harap mereka berdua tidak melayan apa jua artikel yang berbentuk provokasi dan spekulasi mengenai karier politik mereka. Siapa lebih layak, siapa yang patut naik, siapa yang patut diberi jawatan dalam kabinet dan lain-lain. Tolong abaikan semuanya. Apa yang penting sekarang adalah gandingan mereka dalam UMNO dan Kerajaan BN amat diperlukan dalam menghadapi serangan fitnah maha hebat daripada puak pembangkang.
Rezeki manusia siapa yang tahu…kepada tuan berdua, teruskan perjuangan murni kalian…londehkan Anwar habis-habisan!

3A tak tidur lena...bakal berdepan YB Senator Ezam


Andaian yang mudah....3A dalam PKR iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah Ismail dan Azmin Ali pasti antara yang rasa kurang sedap badan apabila Ezam Mohd Nor dilantik sebagai ahli Dewan Negara.

Walaupun persidangan Dewan Negara tidak sepanas Dewan Rakyat, tetapi gema suara Ezam tentunya akan menyakitkan telinga pakatan pembangkang kerana bekas Setiausaha Politik Anwar di Kementerian Kewangan itu mengetahui banyak perkara babitkan 3A.

Suara Ezam yang mulai Isnin ini akan bergelar “ YB Senator ” pasti akan meresahkan PKR khususnya Anwar dan Azmin.

Bahkan, banyak pendedahan yang sudah dibuat Ezam serta cabaran beliau meminta Anwar dan Azmin menyamannya jika segala dakwaannya tidak benar, tidak dijawab dua pemimpin utama PKR itu.

Sudah acap kali beliau menegaskan, banyak perkara mengenai Anwar yang beliau ketahui dan semua itu bakal terbongkar sedikit demi sedikit.

Pelantikan sebagai Senator dilihat langkah awal beliau memasuki gelanggang politik yang lebih serius.

“ Terima kasih bapak. Kita terus berjuang.Jawatan soal kedua…terima kasih atas doa bapak”, itu SMS ringkas Ezam mengulas mengenai perlantikannya.

sumber - Agenda Daily

Wednesday, April 28, 2010

Tahniah Ezam Mohd Noor, anda jadi Senator !!



Ezam Mohd Noor bakal dilantik menjadi Senator!! Majlis ini akan berlangsung di Dewan Negara pada Isnin depan. Sumber- Mstar Online

Tahniah Ezam..kini gelanggang sudah dibuka. Sesungguhnya ia peluang untuk anda berentap dan bertentang mata dengan Anwar Ibrahim. Dedah dan londehkah pekung Anwar di dalam Parlimen dan bukan lagi di jalanan. Biar satu dunia tahu perangai sebenar Anwar.


Jika Ezam ada bukti atau dokumen mengenai Anwar, tidak perlu lagi beliau menyerahkan kepada ahli parlimen BN untuk diambil tindakan. Ezam boleh lakukanya sendiri.