Monday, May 3, 2010

Steven Gerrard bakal disiasat SPRM


LONDON – Chelsea hanya sejengkal lagi untuk menjulang kejuaraan bola sepak Liga Perdana England selepas kesilapan buruk kapten Liverpool, Steven Gerrard membantu pendahulu liga itu menang 2-0 di Anfield, semalam.

Dalam perlawanan di Anfield semalam, jaringan pembukaan Chelsea dibantu oleh kecuaian Gerrard ketika melakukan hantaran ke belakang kepada penjaga gol, Pepe Reina.

Sepakan lemahnya berjaya dipintas Didier Drogba untuk meletakkan pasukan pelawat di depan.

Penyokong Liverpool dilihat riuh rendah dan seakan-akan merelakan kekalahan pasukan mereka, asalkan ia dapat menghalang musuh ketat, United daripada menjulang kejuaraan.

Pemain-pemain Rafael Benitez pula dilihat tidak bermain sepenuh hati meskipun mendominasi awal permainan, namun apa mungkin menambahkan rasa bengang United adalah kecuaian Gerrard yang membolehkan Chelsea mendahului pada minit ke-33.

Sudahlah tidak banyak membantu bahagian tengah pasukannya memberi tekanan kepada lawan, Gerrard sebaliknya seolah-olah menjaringkan gol sendiri dengan hantaran belakang yang lemah.

Jaringan tersebut menaikkan semangat skuad bimbingan Ancelotti, yang mengawal permainan di babak kedua dan mengukuhkan kedudukan hasil rembatan Lampard pada minit ke-54 selepas menerima hantaran rendah Nicolas Anelka. – AFP

8 comments:

My Longest Yard said...

jangan marah aaaa...tajuk je gempak...heheh

Anonymous said...

Penyokong Man Utd turut mahu SPRM siasat Gerrard..kah kah kah kah

ISAC said...

Wa harap2 Wigan sekurang-kurangnya dapat seri dengan Chelsea hujung minggu ni....


Biar sejengkal jadi bertahun-tahun...:) dengki...dengki...dengki...wey...

pak pandir 2020 said...

Selama aku follow English League ni dari time dia Division 1 lagi, aku support Liverpool. Ada kemungkinan season depan ni 2010/2011 aku akan follow & support Scunthorpe & Tranmere Rovers... apa la.. and aku rasa Benitez akan pergi ke Juventus.

Anonymous said...

aku sokong queens park ranger

Kumbang said...

kecoh la lu.orang dah tolong lagi mahu kutuk..

penyokong liverpool lagi suke chelsea champian dari man u..

kekeke

Anonymous said...

aku nak hasut penyokong2 mu buat laporan polis kat gerad. geram aku tengok dia pass bola belakang sedangkan drogba ada.. ini semua kelonglah... mungkin jugak konspirasi UMNO/BN kot.... hehehehe

Udin said...

siasat..memang kene siasat ni..