Thursday, April 22, 2010

Gambar lawatan YAB PM ke Hulu Selangor



Lawatan YAB PM ke Bukit Sentosa pada 21.04.2010







Lawatan YAB PM ke Bilik Gerakan Bukit Sentosa pada 21.04.2010





Lawatan YAB PM ke Sungai Choh pada 21.04.2010







Ezam M. Noor dan Ahli Parlimen BN



" Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat yang juga bekas Setiausaha Politik Anwar Ibrahim, Ezam M. Noor akan menyerahkan beberapa dokumen kepada parlimen yang mengandungi maklumat mengenai bukti Anwar bersubahat melindungi skandal Presiden Bank Dunia, Paul D. Wolfowitz dengan teman wanitanya."

"Kata Ezam, beliau berharap dapat menyerahkan dokumen berkenaan kepada ahli Parlimen Rembau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin malam Khamis ini dalam satu ceramah."

"Ezam menambah, maklumat tersebut berguna kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen yang akan mendengar siasatan ke atas Anwar yang dihadapkan ke jawatankuasa itu kerana mengaitkan konsep 1Malaysia dengan 1Israel."

Begitulah kuatnya hasrat dan tekad saudara Ezam dalam memperjuangkan prinsip dan kebenaran. Dengan bersumberkan kepada dokumen yang baru diperolehi dua hari lalu daripada seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Bank Dunia, saudara Ezam dengan beraninya mendedahkan sikap hipokrit Anwar yang sendiri bersubahat dengan presiden Bank Dunia yang juga seorang Yahudi yang turut merancang perang ke atas Iraq.

Sekarang, pendedahan maha berani saudara Ezam perlu di bantu dan diteruskan oleh Ahli Parlimen BN. Title anda sebagai wakil rakyat di dalam Dewan Rakyat amat diperlukan dalam meneruskan pendedahan di dalam parlimen pula. Ezam tidak mampu melakukannya kerana dia hanya rakyat biasa seperti kita. Namun, beliau sudah melaksanakan tugasnya dan sekarang giliran Ahli Parlimen BN pula. Jadi, kalian jangan jadi pengecut. Dedahkan saja! Ini perlu untuk melawan tuduhan Anwar ke atas kerajaan berkaitan APCO.


Jika saudara Ezam adalah Ahli Parlimen, tentu beliau sendiri akan mendedahkannya. Tak perlu beliau menggunakan 'orang tengah'. Tapi tidak mengapa. Rezeki saudara Ezam untuk menjadi Ahli Parlimen mungkin ada dalam PRU akan datang. InsyaALLAH.


p/s - aku sokong jika Ezam bertanding di Shah Alam. Lawan Khalid Samad !!

Wednesday, April 21, 2010

MESTI KLIK ! Portal Pilihanraya Kecil P94 Hulu Selangor


Untuk mengetahui perkembangan dan mendapatkan informasi mengenai berita dan aktiviti semasa yang berlaku di Pilihanraya Kecil P094 Hulu Selangor yang akan berlangsung pada 25 April 2010 ini, layari portal khas di http://media.penerangan.gov.my/pusatmediaprk/


Monday, April 19, 2010

Serangan menggila blogger hantui Pakatan Rakyat

Dasyat..dasyat..itulah yang dapat diungkapkan mengenai dunia blog sekarang. Lebih-lebih lagi dengan kehangatan pilihanraya kecil di Hulu Selangor yang sekarang ini sedang melalui waktu berkempen.

Aku perasan yang dalam tempoh dua tiga hari ni seperti ada satu macam aura yang meresap ke dalam para blogger jalanan yang pro-BN. Semuanya bersemangat untuk mengkritik, menghentak dan melanyak Pakatan Rakyat secukup-cukupnya. Pertama kali dalam sejarah, puak pakatan terpaksa menggunakan taktik defensif dalam berkempen. Biasanya mereka yang bebas menyalak menyerang calon BN dalam pilihanraya kecil terutamanya dalam isu peribadi.

Mana mungkin kita lupa ketika pilihanraya kecil di Permatang Pasir dulu, isu peribadi calon BN di jaja di blog dan di pentas ceramah hingga jatuh terduduk kita dibuatnya. Tiada tempat untuk menangkis serangan mereka.
Dan sekarang suasana dah berubah. Giliran puak pakatan pula menerima akibatnya. Macam tajuk lagu kumpulan Scorpion 'What You Give You Get Back'. Peribadi calon PKR di Hulu Selangor sekarang jadi bahan para blogger untuk menyerang Pakatan Rakyat.

Kenapa perkara ini harus dilakukan?

Bagi aku, Ia harus dilakukan bagi membolehkan pengundi mengetahui peribadi bakal wakil rakyat mereka. Pakatan Rakyat jangan cuba berlakon jadi budak baik. Dah pandai pula terhegeh-hegeh pula pergi mengadu pada polis dan SPR. Aku tengok Pakatan Rakyat sudah mula 'menasihatkan' semua pihak tidak terlalu mempercayai fakta atau berita yang disebarkan melalui blog. Ceh...kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih.

Pakatan Rakyat, aku tahu maksummu hanya sementara ketika anda sedang dilanyak secara menggila oleh blogger pro-BN.


Kepada blogger pro-BN teruskan perjuangan anda !



Muslimat PAS, yang mana patut rakyat contohi?

Sekali sekala aku selak jugak serakah daily. Opss...silap. Harakah Daily. Nak tengok berita terbaru puak sana. Terbaca satu berita tentang Muslimat Pas ni. Wow!

Bagus..bagus...tapi...kenapa baru sekarang Muslimat Pas minta ia dicontohi? Kes yang dulu tu kenapa tidak minta ia dicontohi jugak? Kes yang mana tu? Kes mana lagi...kes gadis lenjan tu laa...


Mulanya, Elizabeth Wong nak letak jawatan atas dasar prinsip. Tapi tak jadi. Namun, tiada pulak Muslimat Pas yang mendesak beliau letak jawatan. Malah, melaungkan agar Elizabeth jangan meletak jawatan. Pelik kerana isunya tetap sama iaitu melibatkan individu yang bermoral rendah dan terlibat dengan skandal. Wahai Muslimat Pas, hipokritkah anda? Double standardkah anda? Kepura-puraan kah anda?



p/s - terima kasih harakah sebab ada arkib berita. Memudahkan blogger untuk korek berita tentang PAS.

Sunday, April 18, 2010

Apabila Azmin Ali bercakap soal bukti..

"Saya cabar kalau betul ada bukti tunjukkanlah. Setiap tuduhan mesti disokong dengan bukti yang berasas dan bukannya hanya sekadar menabur fitnah". Itu kata Azmin. Dia mencabar BN untuk buktikan bahawa Zaid Ibrahim adalah seorang kaki botol..kaki alcholic..hic...hic...hic. Klik sini.

kah kah kah..Azmin dah berubah?..kah kah kah..sejak bila Azmin pandai bercakap soal menuduh tanpa bukti?..kah kah kah..

Azmin..Azmin..masih ingatkah engkau tentang insiden bakar gereja? Aku tak lupa lah. Engkau telah keluarkan kenyataan "saya ada maklumat ahli UMNO terlibat bakar gereja".Klik sini. Dan engkau juga akan mendedahkan satu maklumat yang diperolehi. Tapi sampai sekarang belum pulak didedah atau terdedah. Mana buktinya wahai Azmin? ahh..siakap senohong gelama ikan duri, mula-mula bercakap bohong, lama-lama mencuri.

Dalam PRK Hulu Selangor, Azmin sudah bercakap soal bukti. Nahh...cabaran disahut. Menurut blog pisau.net, pendedahan akan dibuat jam 12 pm esok. Kita nantikan.





Friday, April 16, 2010

Poster yang perlu dibawa ke penamaan calon esok !!


Meriahkan hari penamaan calon dengan membawa poster yang bisa membuatkan muka mereka merah padam menahan malu.

Alah...bukan selalu nak mengolok @ mengusik si Anwar...hehe.

Thursday, April 15, 2010

Jersi baru Chelsea FC (updated)..smart lah geng!





Chelsea FC lancarkan jersi terbaru !

Uncle Samy, let's sing 'I will follow you'


Kalau ikut sumber dari Malaysiakini, Timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan berdepan dengan kemungkinan dipecat dari parti itu sekiranya dia dipilih esok sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata tindakan disiplin akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang bertindak untuk menghancurkan parti.

Uncle Samy, dengar sini... Tidak kira siapa pun calon, tidak kira siapa pun yang bertanding, sama ada atas tiket MIC ataupun tidak, parti MIC tidak akan hancur.Pemimpin dan ahli datang dan pergi. Parti tetap di situ juga. Kalau bukan calon pilihan Uncle yang terpilih, kita kena kasi tolong sama dia untuk menang. Untuk survival MIC dan untuk BN jugak. Jangan kerana isu calon ini, BN akan berpecah-belah dan berpuak-puak. Seterusnya, Pakatan Rakyat akan guna peluang ini untuk lanyak BN.

Uncle Samy, you listen. We want to win back the seat. So be a gud boy and sing 'I will follow you'.




Tuesday, April 13, 2010

PRK Hulu Selangor : Pertembungan antara atap genting dengan atap rumbia?



Berdasarkan sumber, calon PKR bagi PRK Hulu Selangor adalah Zaid Ibrahim. Beliau bukanlah adik atau abang kepada Anwar Ibrahim. Cuma nama bapa mereka saja yang sama. Khalid Ibrahim tu pun bukan adik beradik Anwar. Harap maklum.

Zaid Ibrahim adalah jaguh PKR. Orang kata dia ada hobi yang luar biasa. Hobi yang merujuk kepada aktiviti golongan atasan.

Seperti kata Shahrir Samad "Jika Zaid calonnya, pilihanraya ini akan menjadi pertembungan antara atap genting dan atap rumbia".

Sekarang kita tunggu, siapa pula ayam sabungan BN. Jom kita asah taji..kita tentang..kita lawan calon PR...walaupun sekadar di alam maya.

Sunday, April 11, 2010

Cayalah Chua Soi Lek !

Ketika sedang sibuk berkempen di Hulu Selangor, Chua Soi Lek telah ditanya oleh seorang wartawan, "Kenapa pemimpin BN hanya turun padang ketika adanya pilihanraya?"

Soalan ini sensitif. Kalau Chua Soi Lek salah jawab, habis terpalit buruknya kepada semua pimpinan BN.

Dengan selamba, beliau menjawab " Tak kan lah pemimpin BN hari-hari nak turun kempen. Nanti siapa yang mahu buat kerja mentadbir negara"....

Good Answer !








"Jika Hulu Selangor itu sebuah negara, UMNO itu adalah bala tenteranya"



Jika yang bertanding di kerusi PRK P094- Hulu Selangor adalah MIC, maka UMNO dan parti komponen BN yang lain perlu bersatu hati dan rapatkan kembali perpaduan.

Ingat..bersatu teguh, bercerai roboh. Mana mungkin kita boleh memberi laluan mudah kepada PKR selaku penyandang kerusi parlimen tersebut.

Sesungguhnya, amanah besar ini tidak boleh dipikul oleh seorang. Ia perlu dijinjing oleh satu jemaah, satu barisan yang tersusun rapi.

Kepada pejuang-pejuang UMNO, pendokong-pendokong UMNO, di kota dan di desa, bangkitlah. Rapatkanlah barisan. Sahutlah panggilan DS Najib.

Kendati tergantung awan di langit,

Telah terlanjur kubentangkan layar,

Walau badai datang menggulung,

Walau berdentum guruh dilangit,

Walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin kita-berbalik haluan.

Selamat berjuang...


Thursday, February 18, 2010

Pemain bolasepak bernama Anwar..


Siapa yang tidak kenal sama Anwar. Seorang pemain bola sepak yang disegani oleh lawan dan kawan.

Anwar bisa mendabik dada dan menyatakan kepada dunia bahawa dialah lagenda dan ikon. Anwar seorang pemain bola sepak yang amat popular. Bukan saja di Malaysia, tapi juga di Australia. Sebuah kelab peminat beliau yang diberi nama 50MP Club telah ditubuhkan di sana.

Ketika ini, satu perlawanan bola sepak sedang hangat berlangsung melibatkan pasukan Anwar. Di atas kertas, pasukan Anwar dijangka menang mudah. Namun, pasukan lawan beraksi dengan hebat. Mereka bijak menguasai bahagian tengah padang. Menyerang dari segenap ruang ke arah pintu gol pasukan Anwar. Anwar nampak seperti diperbudakkan-budakkan oleh pasukan lawan.

Dek kerana tidak tahan dibuli, Anwar meluru ke arah pengadil perlawanan. Anwar tuduh pengadil berat sebelah dan dia minta pengadil digantikan serta merta. Anwar buka dan mengoyak jersi lalu menghempaskan ke atas padang. Lagaknya seperti di serang histeria.

Penonton di stadium mula riuh rendah. Ada yang boo dan ada beberapa kerat yang menyokong Anwar. Apa kejadahnya pengadil mahu ditukar sedangkan perlawanan sedang rancak berlangsung? Anti klimaks betullah...

Keputusan dibuat, perlawanan mesti diteruskan. Tiada pertukaran pengadil akan dilakukan.

Anwar nampak sayu. Lalu Anwar memakai kembali jersi yang telah dikoyakkannya tadi. Permainan diteruskan...


Wednesday, February 17, 2010

Anwar 'dibelasah' 3-0 !!


Ternyata, Anwar gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.
Hakim berhujah dan menyatakan bahawa -

1. Tiada kes untuk mahkamah itu membenarkan rayuan tersebut.


2. Laporan perubatan hanyalah untuk menyokong kerana ia juga perlu disokong oleh keterangan lisan, forensik dan bukannya semata-mata laporan itu sahaja.

3. Kesimpulannya, mahkamah berpendapat Anwar gagal membuktikan bahawa pertuduhan atau pendakwaan terhadap beliau bersifat tidak adil dan satu menyalahgunaan proses mahkamah.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan itu sebulat suara menolak rayuan ketua umum PKR itu.

Dengan kata lain, Anwar 'dibelasah' 3-0 !!