Thursday, February 18, 2010
Pemain bolasepak bernama Anwar..
Siapa yang tidak kenal sama Anwar. Seorang pemain bola sepak yang disegani oleh lawan dan kawan.
Anwar bisa mendabik dada dan menyatakan kepada dunia bahawa dialah lagenda dan ikon. Anwar seorang pemain bola sepak yang amat popular. Bukan saja di Malaysia, tapi juga di Australia. Sebuah kelab peminat beliau yang diberi nama 50MP Club telah ditubuhkan di sana.
Ketika ini, satu perlawanan bola sepak sedang hangat berlangsung melibatkan pasukan Anwar. Di atas kertas, pasukan Anwar dijangka menang mudah. Namun, pasukan lawan beraksi dengan hebat. Mereka bijak menguasai bahagian tengah padang. Menyerang dari segenap ruang ke arah pintu gol pasukan Anwar. Anwar nampak seperti diperbudakkan-budakkan oleh pasukan lawan.
Dek kerana tidak tahan dibuli, Anwar meluru ke arah pengadil perlawanan. Anwar tuduh pengadil berat sebelah dan dia minta pengadil digantikan serta merta. Anwar buka dan mengoyak jersi lalu menghempaskan ke atas padang. Lagaknya seperti di serang histeria.
Penonton di stadium mula riuh rendah. Ada yang boo dan ada beberapa kerat yang menyokong Anwar. Apa kejadahnya pengadil mahu ditukar sedangkan perlawanan sedang rancak berlangsung? Anti klimaks betullah...
Keputusan dibuat, perlawanan mesti diteruskan. Tiada pertukaran pengadil akan dilakukan.
Anwar nampak sayu. Lalu Anwar memakai kembali jersi yang telah dikoyakkannya tadi. Permainan diteruskan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment