Tuesday, February 16, 2010

Bukti : Nik Aziz pun flip-flop...

Siapa pun tak akan lupa penyertaan ADUN Bota, Dato' Nasaruddin Hashim ke dalam PKR pada bulan Januari 2009. Peristiwa ini dianggap sebagai 'lompatan paling pantas' selepas berakhirnya PRU12 tahun 2008. Orang kata beliau melompat. Tapi Nik Aziz kata peristiwa ini sebagai 'penghijrahan'. Tak percaya? Tengok link ini.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=19030:kes-adun-bota-fitnah-dan-hasutan-umno-menikam-diri-nik-aziz&catid=1:utama&Itemid=50

Kalau korang malas nak klik link, boleh lihat paparan berita tersebut (print screen).



Beberapa ketika selepas itu, tiga ADUN iaitu dua dari PKR dan seorang dari DAP di Perak mengisytiharkan memberi sokongan kepada BN. Manakala ADUN Bota, Dato' Nasaruddin Hashin kembali semula ke pangkuan UMNO. Kita tengok apa komen Nik Aziz.

Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, "perbuatan berpaling tadah di kalangan Adun tidak menghargai pengundi yang bersusah payah berkempen ketika pilihan raya umum lalu.

"Saya rasa cukup dukacita mendengar berita wakil rakyat hilang selama dua tiga hari dan kemudian nak melompat. Saya tak faham macam mana keadaan ini boleh berlaku di Malaysia.

"Manusia macam ni patut dilemparkan dengan kasut. Selepas mendapat undi dalam pilihan raya, tiba-tiba mahu berpaling tadah. Perbuatan itu berlaku kerana ada pihak yang memujuk ," katanya.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=19194:wajar-diadakan-pilihan-raya-semula-di-perak-nik-aziz&catid=1:utama&Itemid=50

Ini bukti berita yang dipetik dari harakah daily. Sah statement Nik Aziz flip-flop dan tiada pendirian !



Dan terbaru, tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru yang mengambil tindakan keluar parti dan menjadi Ahli Parlimen Bebas. Nik Aziz kata...

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/2/14/mstar_berita/20100214163929&sec=mstar_berita


"Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim disaran meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil di kawasan itu."

Beliau menyifatkan tindakan Zahrain, yang mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jumaat lalu, dan wakil rakyat yang melompat parti sebagai golongan yang mengkhianati amanah rakyat.



Jadi, apabila ada orang melompat ke dalam PR, itu dikatakan sebagai "penghijrahan dan kurniaan".

Tapi bila orang melompat keluar dari PR, nah...macam-macam statement yang keluar dari mulut Nik Aziz.

Alahai..flip-flop juga dia ni ye...



No comments: