Sunday, February 7, 2010

Antara Bill Clinton, Tiger Woods dan John Terry



Bill Clinton

''Bill Clinton membangunkan aku, Sabtu pagi, 15 Ogos 1998. Ia tak duduk di tepi katil seperti biasanya, tapi mundar-mandir di dalam kamar. Fikirannya nampak kalut dan runsing. Kerana apa? Kerana dia harus memberikan pengakuan di hadapan televisyen nasional tentang hubungan intimnya dengan Monica Lewinsky, seorang gadis yang bekerja di Gedung Putih.

''Selama ini, Bill tidak mahu berterus terang kerana malu, dan ia tahu hatiku bakal terluka dan marah. Nafasku tiba-tiba terasa seperti berhenti. Saat menarik nafas panjang, tangisku meledak dan aku berteriak histeria: 'Apa maksud kamu?
Kenapa kamu bohong?' Saat itu, aku tidak dapat menahan rasa marah yang amat sangat.

'Sementara Bill Clinton masih berdiri di hujung kamar, sambil berulang-ulang meminta maaf. 'Maaf. Aku benar-benar minta maaf. Aku bermaksud melindungimu dan Chelsea (anak gadis tunggalnya.” kata Bill ketika itu.''

Pengakuan pahit Bill Clinton itu diceritakan kembali Hillary Clinton dalam buku terbarunya, Living History.

Itulah kisah Bill Clinton, bekas Presiden US mengenai skandal seksnya yang telah menggemparkan seluruh dunia. Bill Clinton menerima skandalnya dengan hati terbuka. Tidak mengajak rakyat mengadakan demo di jalanan. Tidak menuduh skandalnya itu konspirasi kerajaan terhadap beliau. Tidak mengadakan roadshow di seluruh pelusuk negara US.


Tiger Woods

Selama ini beliau dikenali sebagai anak emas yang sepi dari gosip. Biasanya berita yang kita dengar dari seorang lelaki bernama Tiger Woods adalah prestasi-prestasinya di lapangan golf. Oleh sebab itu, khabar mengenai skandal seksnya dengan seorang pengurus kelab malam cukup menarik perhatian masyarakat dunia.


Diberitakan oleh majalah Enquirer, Rachel Uchitel yang disebut-sebut sebagai wanita yang menjadi teman seks Tiger Woods, menceritakan secara lengkap skandal sang juara dunia tersebut.

Selain itu juga, seorang wanita bernama Jaimee Grubbs yang pernah menyertai program realiti televisyen Tool Academy mendakwa dia menjalin hubungan seks sebanyak 20 kali dengan Woods. Mereka menjalin hubungan selama 31 bulan.

Jaimee memberitahu majalah Us Weekly, dia menyimpan beberapa gambar dengan Woods, lebih 300 mesej 'panas' dan satu rakaman suara.

Akhirnya, Tiger Woods menyuarakan rasa kekecewaan beliau terhadap kecurangan diri dia sendiri terhadap isteri dan juga terhadap keluarganya. Beliau mengaku atas segala kecurangannya terhadap kesemua gadi-gadis pelacur kelas atasan yang telah dilangganinya.

Ketika itu, tidak langsung terdengar tuduhan dari Tiger Woods sama ada skandal seks itu adalah konspirasi berunsur fitnah atau jahat yang mahu menjatuhkan kariernya sebagai seorang juara golf dunia.


John Terry

John Terry, kapten Chelsea dan juga England akhir-akhir ini terkenal dengan skandal seksnya dengan bekas teman wanita bek Manchester City, Wayne Bridge yang juga model pakaian dalam, Vanessa Perroncel.

Bintang bola sepak bergaji 170,000 (RM927,320) seminggu itu dilapor mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun iaitu Jaydon Jean Claude Bridge, hasil hubungan sulitnya selama beberapa tahun dengan Perroncel.

Terdahulu, Terry memohon perintah mahkamah untuk menutup mulut media dengan alasan pendedahan hubungan sulit itu bertentangan dengan hak persendirian dan hak asasi manusia.

Namun, Hakim Tugendhat menolak permohonan Terry kerana berpendapat bintang bola sepak itu sebenarnya takut kehilangan banyak penajaan jika perkara itu dididedahkan.

Terry meraih pendapatan sampingan berjuta-juta pound sterling setiap tahun hasil perjanjian penajaan dan iklan dengan beberapa syarikat gergasi.

Dalam isu ini, tidak pula Terry mengeluarkan kenyataan yang menuduh orang lain melakukan konspirasi terhadap beliau. Tidak pula Terry menulis kenyataan seperti

RAKYAT MENJADI HAKIM KEBEJATAN REGIM ZALIM INI

2 comments:

Anonymous said...

macam perli Anwar je ni...hehehe

-Sazali
Kota Damansara

terra-bait said...

yang pasti diaorg ni tak pakai password MOKHTAR macam anwar. kakakak