Tuesday, May 11, 2010

Ayam pun 'pakai baju' di Sibu..


Peniaga-peniaga ayam, itik dan angsa di Sibu mempunyai cara unik memasarkan ternakan tersebut.

Jika selama ini kita melihat haiwan itu diletakkan dalam sangkar plastik di pasar-pasar, di Sibu haiwan itu dibungkus dengan kertas surat khabar seekor-seekor dan diikat.

Keunikan ini dapat dilihat di Pasar Awam bandar Sibu setiap hari apabila lebih 20 penjual ternakan itu memasarkan ayam, itik atau angsa dengan cara itu.

Selepas dibungkus dengan surat khabar, ternakan itu disusun rapi di atas meja jualan di pasar berkenaan.

Ada juga memanggilnya sebagai ‘ayam berbaju’.

Seandainya tidak biasa, pengunjung luar tidak perasan ternakan itu dijual di pasar tersebut kerana tidak dengar bunyi kokokan haiwan tersebut.

Malah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri turut tertarik dengan keunikan cara peniaga-peniaga memasarkan haiwan itu.

Seorang peniaga memberitahu, mereka berbuat demikian bagi memudahkan pembeli terutama pemilik restoran sekitar Sibu. -sumber Agenda Daily

1 comment:

hilbert said...

Salam 1Malaysia,

;-) hehe.. banyak lg benda yg pelik yg mungking orang Semenanjung belum lihat di Sarawak ni... itulah kata pepatah 'lain padang lain belalang' :-)